SEARCH

Dato S: Apa Kes? Kamal Adli Menipu Puteri Aishah?

Dato S: Apa Kes? Kamal Adli Menipu Puteri Aishah?

Taruh kepercayaan kepada Kamal Adli, Puteri Aishah, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz sebagai tonggak utama, Nabil Ahmad berani angkat kisah penipuan duit haram dan isu ‘scammer’ dalam filem terbaru, Dato S.

Setelah berjaya dengan percubaan pertama menghasilkan ‘The Hantus’ tahun lalu, pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad sekali lagi menzahirkan buah tangan terbaharu, ‘Dato S’. Filem televisyen arahan pengarah hahrol Esham ini adalah idea asal Nabil sendiri. Nabil turut bertindak sebagai penerbit dan terlibat secara langsung dalam penulisan skrip naskah ini.

DATO S NABIL AHMAD

‘Dato S’ menampilkan pendekatan berbeza dan cukup berani apabila mengangkat isu-isu semasa yang membimbangkan dan kian berleluasa di kalangan masyarakat hari ini, terutamanya berkaitan dengan penipuan duit haram, isu scammer dan penyamaran.

Berkonsepkan aksi-komedi dan plot penceritaan yang ceria, ‘Dato S’ diperhebatkan dengan kehadiran pemain industri yang popular sebagai tonggak utama seperti Kamal Adli, Puteri Aisyah, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz. Juga penampilan istimewa Dato’ Jalaluddin Hassan bersama aktivis, Yusuf Azmi dan penerbit eksekutif, Dato’ Khairil Muzamil.

Memegang watak utama sebagai Sazali (lakonan Kamal Adli), dia jurujual yang mempunyai perwatakan menawan serta berkeyakinan tinggi. Menggunakan kelebihan ini, Sazali kerap menipu orang ramai dengan pelbagai aktiviti scam seperti skim cepat kaya, menawarkan pakej-pakej ‘terlalu’ istimewa menunaikan umrah dan haji, peraduan gores dan menang, penjualan tanah, penipuan atas talian, skim pelaburan mata wang maya dan banyak lagi.

SINOPSIS DATO S

Sazali berjaya memperdayakan ramai orang terutama ahli perniagaan di mana mereka sanggup berhabis duit dan membuat pelaburan yang tinggi. Pada usia pertengahan 30-an, Sazali menjadi jutawan dan hidup penuh kesenangan. Namun begitu, setiap penipuan dan aktiviti jenayah yang dilakukan Sazali mendapat tentangan isteri, lakonan Zulin Aziz. Sazali alpa dan hanyut dalam dunia jutawan sehinggakan isteri dan anak meninggalkannya.

Akibat penipuannya itu, Sazali diekori dua anggota polis iaitu Arman dan Bunga (lakonan Fikry Ibrahim dan Puteri Aishah) yang menyamar sebagai rakan kongsi ‘Dato S’, bertujuan untuk membongkar skim penipuannya. Taktik penyamaran yang dilakukan oleh Arman dan Bunga berjaya membuahkan hasil apabila satu demi persatu aktiviti penipuan Sazali dapat dirungkai.

Apakah langkah seterusnya yang harus dilakukan si con-man Sazali ini? Bagaimana pula pengakhiran cerita jutawan segera tersebut? Nantikan kesudahannya dalam Dato S yang bakal menemui penonton di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 24 Oktober 2019.

KAMAL ADLI SAZALI DATO S

PUTERI AISHAH BUNGA DATO S

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE