SEARCH

#FirstLook Dendam Pontianak: Fazura Jadi Cantik & Hodoh

#FirstLook Dendam Pontianak: Fazura Jadi Cantik & Hodoh

 

DENDAM PONTIANAK bakal diterajui oleh Nur Fazura dan Remy Ishak sebagai pemeran utama, akan ‘mengilai’ di pawagan berdekatan mulai 12 September 2019.

DENDAM PONTIANAK ialah sebuah filem yang diarah dan ditulis oleh Glen Goei dan Gavin Yap, mengenai kehidupan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin namun dibelenggu dengan kejadian mistik, yang memaksa mereka terjerumus ke lembah ilmu hitam, khianat dan pembunuhan.

‘Pontianak’ dalam mitos rantau Nusantara merujuk kepada roh atau hantu wanita mengandung yang meninggal dunia ketika sedang melahirkan anak. Kematian ini dipenuhi dengan dendam kesumat. Ia salah satu cerita dongeng seram Asia Tenggara yang paling digeruni, tetapi sebenarnya pada hakikatnya kisah Pontianak adalah sebuah kisah tragis tentang cinta dan kehilangan.

Mitos tentang Pontianak ini adalah satu cara yang sempurna untuk menggabungkan elemen yang menjadikannya sebagai sebuah kisah tragis dan menakutkan namun cukup unik dan menarik untuk tatapan penonton tentang genre seram. Dengan adanya filem ini, pengarah dapat menyampaikan filem seram yang ditambah juga unsur klasik dan kontemporari.

Ia sememangnya satu pengalaman yang bermakna, berpeluang untuk bekerjasama dengan barisan pelakon yang hebat. Seperti legenda Drakula, kami ingin membawa kisah Pontianak, drakula versi wanita ini ke peringkat global,” ucap Glen Goei dan Gavin Yap dalam satu kenyataan bersama.

Istimewanya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza turut tampil untuk runut bunyi filem ini bertajuk ‘Kasihku Selamanya’. Berkongsi pengalaman ketika merakamkan lagu ini, menurut Siti, lagu tersebut mempunyai aura seram yang tersendiri, yang dicipta oleh komposer terkenal, Aubrey Suwito dan lirik oleh Ad Samad.

Filem seram merinding ini adalah kerjasama produksi dua negara, Primeworks Studios mewakili Malaysia dan Tiger Tiger Pictures, rumah produksi dari Singapura. Turut membintangi filem seram-romantis yang merinding ini adalah Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadiah M.Din, Wan Hanafi Su, Nadia Aqilah dan Nik Harraz Danish.


BACA #Review Dendam Pontianak, Dendam Yang Sedih & Duka

SINOPSIS DENDAM PONTIANAK

1965, Malaysia. Di sebuah kampung terpencil, Khalid (lakonan Remi Ishak) dan Siti (lakonan Shenty Feliziana) membuat persiapan untuk hari pernikahahan mereka.

Tidak lama kemudian, anasir jahat mula menyelubungi perkampungan itu apabila berlakunya kematian dan kejadian misteri yang mencetuskan ketakutan dan kekecohan di kalangan penduduk kampung.

Entah bagaimana, kejadian tersebut ‘memaksa’ Khalid untuk bercerita tentang pembunuhan seorang perempuan yang sedang sarat mengandungkan anak seorang lelaki misteri di kampung mereka, beberapa tahun lalu.

Wanita mengandung yang teraniaya itu kini muncul kembali bagi membalas ‘DENDAM PONTIANAK’.

Justeru, Khalid mengumpulkan semua lelaki di kampung mereka untuk memburu Pontianak tersebut, akan tetapi adakah pemburuan mereka berhasil?

Sama-sama kita tonton.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE