SEARCH

Saksikan Sedutan Eksklusif ‘DOSA’, Filem Siri Kolaborasi Mega Malaysia-Singapura-Indonesia

Saksikan Sedutan Eksklusif ‘DOSA’, Filem Siri Kolaborasi Mega Malaysia-Singapura-Indonesia

DO[S]A (baca: DOSA), naskhah asal dua karyawan hebat gandingan dua negara, Saniboey Mohd Ismail dari Malaysia dan Salman Aristo dari Indonesia. Salman yang juga bertanggunjawab sebagai penulis skrip, pernah menulis untuk filem-filem pecah panggung Indonesia, antaranya “Ayat-Ayat Cinta”, “Garuda di Dadaku” dan ‘Sang Penari”.

Fiem bergenre aksi ini dibarisi pelakon-pelakon hebat gabungan tiga buah negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura bagi menggerakan setiap watak dalam jalan cerita. Nama-nama besar seperti Dato’ M.Nasir, Remy Ishak, Ashraf Sinclair dan Daniella Sya dari Malaysia, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid dan Tegar Satrya dari Indonesia serta Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid dari Singapura.

DO[S]A turut mendapat sentuhan Ifa Isfansyah (Pengarah Terbaik Festival Filem Indonesia 2011) dan Yadi Sugandi, pengarah sinematik terkenal yang sebelum ini banyak mencipta visual-visual stail-lish untuk “Ada Apa Dengan Cinta 2” dan “Laskar Pelangi”. Turut menampilkan Cecep Ariff Rahman (“The Raid: Berandal”) sebagai pengarah koreografi untuk mempersiapkan pelakon dengan disiplin silat serta koreografi seni pertahankan diri.

Filem drama siri televisyen ini berlatarkan lapan asas utama yang mendasari setiap episodnya. Setiap episod mempunyai tema-tema tersendiri seperti ‘Khianat’, ‘Tamak’, ‘Nafsu’, ‘Dengki’, ‘Derhaka’, ‘Munafik’, ‘Fitnah’ dan ‘Rakus’ yang juga memperkasakan slogan DO[S]A yakni “Niat Tidak Menghalalkan Cara”.

DO[S]A sarat dengan babak-babak yang mendebarkan dan ganas. Namun pada masa sama turut disulami dengan pergolakan emosi, pengorbanan, ikatan kekeluargaan serta bibit-bit percintaan. Lokasi penggambaran rata-ratanya dilaksanakan di Jakarta Timur dan Barat, Indonesia dan selebihnya di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, Malaysia.

DO[S]A by STAIL.MY 1
Tunggak utama DO[S]A; Dari kiri Remy Ishak, Shenty Feliziana, Hisyam Hamid & Ashraf Sinclair
SINOPSIS DOSA

DO[S]A mengisahkan empat beradik yang dibesarkan oleh bapa tunggal mereka bernama Latif (Dato’ M. Nasir) yang teguh dengan nilai-nilai kesederhanaan, pegangan agama yang kuat dan lengkap ilmu persilatan.

Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid) dan Fara (Shenty Feliziana) hidup bersama bapa mereka di pelusuk paling sunyi di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kehidupan keluarga tradisional ini hampir tersembunyi daripada pengetahuan masyarakat. Di sanalah mereka menjalani latihan persilatan hari demi hari.

Rungutan mereka yang semakin memberontak, terutama Fara, langsung tidak diendahkan bapa. Rutin harian mereka memerlukan adik-beradik ini bertumbuk-tendang, berhayun parang sesama sendiri hampir setiap hari. Akhirnya ia mewujudkan hubungan yang tidak sihat dan ketengangan sesama mereka di luar gelanggang. Mereka dilatih seperti harus menghadapi “sesuatu”.

 

Ikatan kekeluargaan mereka semakin bergolak apabila Fara jatuh cinta dengan seorang jejaka Indonesia bernama Arian (Reuben Elishama). Menyedari hal ini, Fuad selaku abang sulung tidak bersetuju dengan hubungan cinta mereka, seterusnya mengusir Arian pulang ke Jakarta.

Berang dengan tindakan Fuad, Fara bertindak lari mengikut Arian ke Jakarta tanpa mengetahui bahaya yang bakal menimpa dirinya. Sebaik sahaja Fara menjejakkan kaki di pintu ketibaan Bandara Jakarta, dia terus diculik lalu dihumban ke sebuah gudang misteri di pinggir kota.

Resah gelisah, Fuad, Farid dan Fahad pergi ke Jakarta untuk mencari Fara. Di sana, mereka diserang bertubi-tubi tanpa sebarang ehsan. Arian yang baru sahaja mendapat khabar kehilangan Fara, bergegas membantu tiga beradik ini menumpaskan penjahat-penjahat itu di beberapa siri pertempuran ganas.

Semakin lama mereka di Jakarta, semakin mereka mula memahami tentang asal usul dan susur galur keluarga mereka.

Siapa Latif yang sebenarnya? Kenapa Fara diculik? Dan apa hubungan keluarga mereka dengan kongsi gelap di Jakarta?
Sama-sama kita nantikan DO[S]A yang bakal ditayangkan tanggal 14 Februari nanti di Astro FIRST saluran 480.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE