Warning: Use of undefined constant link - assumed 'link' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 820

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 444
GENG – Gandingan Sherry Alhadad, Lisa Surihani & Nadiya Nisaa Lebih Berbisa! | STAIL.MY
SEARCH

GENG – Gandingan Sherry Alhadad, Lisa Surihani & Nadiya Nisaa Lebih Berbisa!

GENG – Gandingan Sherry Alhadad, Lisa Surihani & Nadiya Nisaa Lebih Berbisa!

Gandingan nama-nama hebat seperti Sherry Alhadad, Lisa Surihani dan Nadiya Nisaa ada dalam GENG: Tiga Lebih Berbisa – satu naskhah yang semestinya sama dinantikan semua. Ketiga-tiga rakan baik ini berpadu tenaga menjayakan satu filem televisyen (telefilem) komedi istimewa arahan pengarah, Umi Salwana Omar, nama yang sama di sebalik penerbitan filem-filem seperti ‘Istanbul Aku Datang’, ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’, ‘Oh My English’ dan yang terbaharu, ‘Gol & Gincu 2’.

‘GENG’ mengisahkan tentang Isabella (lakonan Sherry Alhadad), bekas banduan yang ingin meninggalkan dunia jenayah tetapi geng lamanya, Geng Naga Kilat memaksa dia untuk membuat satu lagi penghantaran dadah. Isabella enggan berbuat demikian namun akibatnya ibunya diculik. Isabella ingin menyelamatkan ibunya semula dan menumpaskan operasi geng lamanya tersebut, lantas dia mendapatkan bantuan daripada dua rakan baik, Anita (lakonan Nadiya Nisaa) dan Mariam (lakonan Lisa Surihani).

Anita adalah seorang peguam dan Mariam pula ialah seorang suri rumah. Mereka berdua bersungguh-sungguh ingin membantu Isabella melepaskan diri daripada geng lama Isabella dan melepaskan ibu Isabella dari genggaman tangan jahat mereka.

Berjayakah Anita dan Mariam membantu Isabella keluar dari belenggu ini?

Dalam pada kekalutan yang berlaku, hubungan Isabella bersama teman lelaki, Alex (lakonan Hisyam Hamid) turut dilanda masalah. Mampukah Isabella mengharungi semua cabaran ini?

Saksikan GENG mulai 18 Julai ini hanya di Astro First Eksklusif (saluran 480).

10 fakta menarik tentang GENG

1) Keserasian dan sifat bersahaja Sherry Alhadad, Lisa Surihani & Nadiya Nisaa memudahkan sesi penggambaran yang hanya mengambil masa 14 hari untuk diselesaikan.

2) ‘GENG’ adalah naskah sulung Sherry Alhadad bertindak sebagai penerbit, bergandingan dengan Sharmaine Othman dan Farah Rani.

3) Ia projek pertama produksi ‘Perempuan Productions’ yang dimiliki oleh ketiga-tiga nama ini.

4) Sherry Alhadad keluar dari zon selesa apabila melakonkan beberapa adegan romantik dan intim bersama Hisham Hamid.

5) Hisham Hamid yang selama ini dikenali dengan watak-watak baik, perlu menghidupkan watak antagonis dalam naskah ini. Hisham beraksi sebagai Alex, ketua kumpulan penjahat.

6) ‘GENG’ menggunakan tagline ‘freshies for life’ sebagai lambang persahabatan ketiga-tiga watak utama.

7) ‘GENG’ menggunakan elemen girl power.

8) Naskah ini menceritakan kekuatan wanita dalam menempuhi rutin kehidupan.

9) ‘GENG’ bukan sahaja menampilkan wanita sebagai watak utama, malah mereka yang di belakang tabir juga kebanyakannya adalah wanita (penulis, pengarah, penerbit).

10) Lagu-lagu daripada kumpulan Elite yang popular pada era 90-an menjadi latar muzik ‘GENG.’ Antaranya,‘Trauma,’ ‘Tamparan Wanita’ dan ‘G.I.G’ kerana ia bersesuaian dengan tema girl power.

10 GAMBAR BELAKANG TABIR GENG

GENG – Gandingan Sherry Alhadad, Lisa Surihani & Nadiya Nisaa Lebih Berbisa! 1

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE