SEARCH

#REVIEW Gol dan Gincu 2 – Bukan Filem Cinta Remaja Biasa

#REVIEW Gol dan Gincu 2 – Bukan Filem Cinta Remaja Biasa

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 1

Jika 13 tahun lalu, Gol & Gincu (2005) pertama mengisahkan tentang kisah cinta remaja, Gol dan Gincu 2 (G&G2) pula membawa tema yang berbeza.

Ia lebih kepada kisah remaja yang memberi tumpuan kepada inspirasi, permasalahan yang membelenggu remaja perempuan kita dan kesan media sosial terhadap masyarakat, terutamanya golongan belia.

Umi Salwana Omar selaku pengarah berkata naskah sulung arahannya ini masih mengekalkan latar cerita yang sama dan bertemakan remaja. G&G2 berkenaan kehidupan pelajar universiti dan turut mengetengahkan isu semasa seperti penggunaan media sosial yang serius di kalangan muda-mudi.

Memetik kata-kata penerbit Lina Tan dari Red Films, mengatakan G&G2 berkisahkan tentang golongan wanita (termasuk remaja dan belia) zaman kini.

”Mereka yang berpengaruh di media sosial (seperti Instafamous) memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan masyarakat. Menerusi media sosial, masyarakat bebas untuk menyuarakan pendapat mereka dan situasi ini jauh berbeza berbanding kehidupan yang dilalui generasi 13 tahun yang lalu,” ujarnya di tayangan perdana dan malam gala G&G2 yang berlangsung di Sunway Putra, Rabu lalu.

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 2

Sejujurnya melalui pengamatan saya, jalan cerita cerita G&G2 boleh dibaca dan bersifat klise. Namun yang menjadikan filem remaja ini istimewa adalah mesej yang dibawanya. Sering kali kita melupakan remaja-remaja yang bermasalah di kalangan masyarakat Malaysia.

Satu tepukan diberikan kepada pengarah dan pihak produksi kerana berani mengangkat tema yang berat ini bagi memberi pengetahuan dan menyebarkan kesedaran terhadap masalah besar yang selalu dipandang enteng dan menutup sebelah mata ini.

Gol & gincu 2 juga bukan sekadar filem cinta monyet remaja semata-mata.

Sekurang-kurangnya filem ini padat dengan mesej dan pengajaran buat penonton menyedari kadang-kala tanggungjawab kita terhadap remaja (terutama yang bermasalah) sering kali kita abaikan. G&G juga menyelitkan unsur humor ringan yang lucu dan skrip yang mudah dihadam oleh penonton, terutamanya golongan muda.

Paling saya suka, G&G2 dilakonkan oleh muka-muka baru daripada pelbagai bangsa yang terdapat di Malaysia. Selain Ummi Nazeera dan Diana Danielle serta Syafiq Kyle sebagai teraju utama, G&G2 dibintangi Ucop, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng dan Iezahdiyana Alaudin.

Filem remaja ini juga menampilkan semula dua pelakon asal iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani yang tidak perlu diragui lakonannya.

Lagu-lagu yang mengiringi G&G2 juga kena pada tempatnya. Perlu ditekankan di sini, G&G2 bukan filem kesinambungan daripada filem Gol & Gincu pertama. Ya, ia kisah remaja tetapi diberi pintalan pada jalan cerita. Sebaliknya ia adalah filem buatan semula (reboot) dengan jalan cerita baru yang berpadanan dengan era kini. Senang kata, ia tentang remaja, cinta dan media sosial.

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 3

SINOPSIS GOL DAN GINCU 2

Gol & Gincu Vol. 2 mengisahkan tentang Zakiah (Zak – yang dilakonkan oleh Diana Dianelle) dan Zakiah (Yaya – yang dilakonkan oleh Ummi Nazeera), dua pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personaliti yang jauh berbeza. Perjumpaan pertama mereka tidak berjalan dengan lancar, pergaduhan antara mereka tular merata-rata di media sosial.

Akibatnya Yaya dan Zak dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan dan pengajaran kepada pelajar-pelajar lain. Mereka terpilih untuk melakukan kerja amal di rumah kebajikan remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Sangkaan mereka meleset setelah menyedari situasi yang mereka tempuhi bukanlah suatu yang mudah.

Mampukah Yaya dan Zak ketepikan sikap prejudis mereka dan membantu Jijie dan gadis-gadis bermasalah tersebut atau adakah kehadiran mereka hanya menambah buruk keadaan? Sama-sama kamu ketahui di tayangan Gol dan Gincu 2 yang bermula 25 Oktober 2018 ini di pawagam berdekatan.

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 4

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 5

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 6

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 7

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 8

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 9

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 10

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 11

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 12

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 13

sinopsis Gol dan Gincu 2 review oleh STAIL.MY 14

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE