SEARCH

Halloween 2018: 5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Ke Wayang

Halloween 2018: 5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Ke Wayang

Oktober. Bulan yang sinonim dengan sambutan Halloween di Hollywood. Apa lah yang lebih menyeramkan daripada filem ikonik tentang lelaki pembunuh kejam bertopeng yang satu ini? Buat julung kali, pelakon asal filem ini, Jamie Lee Curtis kembali untuk reboot Halloween 2018.

Sangat menakutkan melihat scream queen pertama Hollywood ini berlari-lari dan berkejaran daripada amukan pembunuh misteri yang tak diundang ini di hutan sepi pada filem asalnya yang terbit pada 1978.

Jika kamu punya soalan yang bermain di minda atau terlupa akan jalan cerita filem ini (bagi yang pernah menonton filem asal yang pertama), nah saya titipkan beberapa butiran untuk kamu imbas kembali atau mengetahui sedikit sebanyak tentang filem Halloween 2018 ini sebelum kamu menontonnya di panggung wayang.

 

PELAKON

Watak utama, Laurie Strode tentu sekali dimainkan semula oleh Jamie Lee Curtis, sementara Judy Greer memainkan watak anak perempuannya, Karen Strode. Andi Matichak akan berlakon sebagai cucu Laurie iaitu Allyson. Virginia Gardner pula memegang watak kawan baiknya, Vicky dan pelakon yang pernah membintangi “The X-File”, Miles Robbins sebagai Dave.

Nick Castle kembali sebagai Michael Myers (pembunuh bertopeng).

 

JALAN CERITA

Filem seram thriller ini menyaksikan Laurie bersemuka semula dengan Myers dalam satu pertarungan terakhir setelah nyawanya hampir diragut 40 tahun yang lalu. Yang menariknya kali ini adalah bagaimana filem ini bercerita dan memberi beberapa klu tentang sambungan untuk filem Halloween akan datang. Menurut penerbit John Carpenter, filem buatan semula ini tidak mengikuti 100% filem asal. Ia akan berkembang dengan jalan cerita yang baru agar lebih sesuai dengan peredaran zaman.

“Ia seperti… saya tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya. Ia seperti pilihan jalan cerita baharu,” ujar dia di satu temuramah berama Streo Gum.

“Tentu sekali ia bermula dengan filem pertama ini, tetapi ia tidak akan berakhir seperti asalnya. Ia mengujakan. Saya kagum dengan jalan cerita dan skrip baru itu,” tambahnya lagi. David Gordon Green selaku pengarah dan Danny McBride bertanggungjawab menulis skrip kali ini.

 

PENGARAH

David Gordon Green, pengarah filem “Pineapple Express” memikul tanggungjawab filem reboot ikonik ini dan menghakimi trailer dan iklan acah yang dikongsi Curtis Januari lalu, it gonna be epic!

Green juga adalah pengarah yang pernah mengarah filem komedi seperti “Your Highness” dan “The Sitter”, diharapkan terdapat juga unsur komedi diselitkan buat Hollaween 2018 ini.

 

POSTER

Topeng ikonik Michael Myers yang menyeramkan, cukup menakutkan dan membuat penonton tertarik untuk menonton.

 

TAYANGAN

Bersedia untuk menjerit di pawagam berdekatan kamu tanggal 25 Oktober 2018!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE