SEARCH

Akim Cabar Diri Untuk ‘Marabahaya Underground’

Akim Cabar Diri Untuk ‘Marabahaya Underground’

Marabahaya Underground (MU) temukan Akim Ahmad & Hazama di ‘pentas’ berbeza. Jika sebelum ini kedua penyanyi popular ini sering tampil di pentas nyanyian dengan gaya dan cara nyanyian tersendiri, kali ini Akim dan Hazama mengukuhkan tali persahabatan dengan muncul berlakon bersama.

Filem bergenre aksi komedi sukan permotoran ini mendapat arahan Helmi Yusof bersama penulis skrip, Subroto Katimin serta menampilkan pelakon Dayana Roza. Menurut Akim dan Hazama, ia menjadi sebuah cabaran untuk terlibat dalam filem yang menuntut komitmen dan skil mereka untuk mempamerkan aksi lasak sukan permotoran.

Sinopsis Marabahaya Underground

“Sebaik sahaja ditawarkan berlakon, saya terus bersetuju kerana MU melibatkan satu perkara yang dekat dengan saya. Sejak kebelakangan ini memang saya aktif dalam bidang permotoran kereta, jadi dapatlah saya merealisasi serba sedikit elemen ‘lumba’ dalam filem ini,” ujar Akim yang akan membawakan watak Fison Hamdi.

Malah untuk membawakan watak Fison ini, Akim berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram. Penurunan berat badan ini dilakukan bagi menjayakan watak belia 21 tahun untuk filem yang melibatkan bahasa Melayu,Tamil dan Cina ini.

“Setakat ini, saya sudah berjaya turunkan berat badan daripada 74 kilogram ke 64 kilogram dalam masa dua bulan. Saya cuma amalkan ‘intermittent fasting’ yang mana saya hanya akan jamah makanan berat dari jam 9 pagi hingga 3 petang pada setiap hari,” kata Akim.

Bagi Hazama yang membawakan watak Shah Dhani, ia adalah kesempatan dan peluang yang baik untuk dirinya. Hazama menerima pelawaan berlakon di dalam MU kerana ia datang dari Cat Farish yang juga sahabatnya.

“Penggambaran dilakukan pada bulan puasa dan kebetulan saya tidak mempunyai aktiviti pada bulan Ramadan. Filem ini melibatkan saya dan Akim dan kami sama-sama sudah lama menanti untuk terlibat dalam filem aksi permotoran dan kenderaan seperti MU. Merasa aksi drift sewaktu pelancaran tadi pun sudah membuat saya berdebar,” jujur Hazama.

Dayana Roza Akim Ahmad Cabar Diri Untuk Marabahaya Underground

Manakala Dayana Roza yang turut mengaku berdebar sewaktu terlibat dalam aksi drift sewaktu pelancaran filem ini di MAPS tempoh hari merasa tidak sabar untuk melalui sesi pengambaran yang akan bermula 10 Mei ini. “Saya hanya membuat persediaan fizikal memandangkan filem ini menjalani penggambaran pada sekitar bulan Ramadan dan dilakukan di Perak,” ujar Dayana Roza.

MARABAHAYA UNDERGROUND adalah terbitan D’Edge Communication (M) Sdn Bhd. dan turut mendapat kolaborasi bersama MOVIE Animation Park Studios (MAPS). MU menjalani penggambaran di sekitar Perak (Ipoh, Gopeng, Tanjung Tualang, Teluk Intan, Batu Gajah), Johor serta Pahang (Cameron Highlands, Genting Highlands).

Akim Ahmad & Hazama Cabar Diri Untuk Marabahaya Underground

SINOPSIS MARABAHAYA UNDERGROUND

MARABAHAYA UNDERGROUND ialah kisah komedi aksi yang mengisahkan kehidupan seorang pelajar yang berasal dari poh, Perak bernama Fison Hamdi (Akim Ahmad) atau mesra dipanggil Chon. Chon datang dari sebuah keluarga  sederhana, memiliki hanya sebuah kereta Myvi yang diubahsuai kepada sebuah kereta ‘sport dan ranggi’. Chon meminati Shah Dhani (Hazama), seorang juara sukan drift di Ipoh sehingga gambar poster Shah Dhani terpampang di biliknya.

Atas minat yang mendalam dan ingin mencari duit yang lebih bagi memiliki kereta lumba idaman, Chon menjadikan kereta Myvi milknya sebagai GRAB CAR. Pelbagai ragam dan gelagat lucu berlaku sepanjang Chon memandu GRAB CAR. Manakala Shah Dhani pula, walaupun dia adalah juara sukan permotoran, dia sebenarnya mempunyai banyak masalah seperti hutang dan sering diburu samseng sehingga sanggup berlumba haram untuk melangsaikan hutang-hutang berkenaan.

Perkenalan mereka bermula apabila Chon datang ke Taman Tema MAPS dan melihat Shah Dhani beraksi. Ketika sesi bergambar itulah Chon merayu kepada Shah Dhani agar mengambilnya sebagai anak murid. Bermula dari situ hubungan mereka menjadi rapat. Seterusnya, Chon belajar berlumba dengan Shah Dhani sehingga mahir sampai dia mampu membeli kereta lumba drift idamannya selama ini.

Akhirnya kereta drift Chon itu dijadikan GRAB CAR yang istimewa. Pelbagai servis ditawarkan Chon hinggalah perkenalannya dengan seorang gadis cantik bernama Intan Farhana (Dayana Roza). Saksikan pelbagai gelagat lucu Chon bagi mendapatkan cinta Intan hanya di MARABAHAYA UNDERGROUND.

Akim Ahmad, Cat Farish, Dayana Roza, Cat Farish Sinopsis Marabahaya Underground

Akim Ahmad, Cat Farish, Dayana Roza, Cat Farish Sinopsis Marabahaya Underground 1

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE