SEARCH

Zul Ariffin & Remy Ishak Bertarung Di Dalam ‘SANGKAR’

Zul Ariffin & Remy Ishak Bertarung Di Dalam ‘SANGKAR’

Buat julung kali, dua pelakon lelaki terkenal, Zul Ariffin dan Remy Ishak bersatu dalam satu filem untuk ‘bertarung’ di dalam SANGKAR.

Zul Ariffin & Remy Ishak Bertarung Di Dalam SANGKAR 1

Buat julung kalinya juga dua syarikat media gergasi Malaysia, Media Prima dan Astro, melalui bahagian penerbit filem masing-masing iaitu Primeworks Studios dan Astro Shaw bersama produksi Infinitus Gold dan mm2 Entertainment bergabung usaha dalam menerbitkan sebuah filem MMA (Mixed Martial Arts) melayu pertama Malaysia yang bertajuk ‘SANGKAR’.

Ya, “sangkar” yang dimaksudkan adalah sebuah filem yang bertajuk ‘SANGKAR’ arahan Kabir Bhatia. Pengarah yang berasal dari Mumbai dan menetap di Malaysia ini tidak asing lagi dengan industri perfileman tempatan. Khabir memikul tanggungjawab yang berat dalam memastikan keupayaan untuk menzahirkan lakon layar yang terbaik.

Tambahan pula ini adalah kali pertama dia memberi sentuhan pada filem bergenre aksi dan drama. Sebelum ini, Kabir pernah bekerjasama dengan Astro Shaw dan Primeworks Studios dalam menjayakan projek-projek seperti filem ‘Bisik Pada Langit’ serta ‘Pulang’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

‘SANGKAR’ membariskan pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Fadlan Hazim, Ray, Aman Graseka, Carliff Carleel, Andy Teh dan atlet peninju profesional MMA sebenar iaitu James “Sledgehammer” Mcsweeney.

Ia menceritakan tentang kisah Adam dan Johan yang berlawan di luar gelanggang sehingga menyebabkan Johan cedera parah. Untuk menebus kesalahannya, Adam kembali bertarung di pertarungan jalanan demi mendapatkan habuan untuk membantu Johan sekeluarga.

Sedang Johan pula bertarung dengan hidup sendiri demi keluarganya, Adam membuat keputusan untuk bertarung dengan atlet MMA luar negara bagi mendapat habuan yang lebih lumayan.

Mampukah Adam dan Johan bergelut dengan keadaan? Menebus dosa lalu dalam berhadapan dengan cabaran masing-masing?

Mira Filzah Zul Ariffin & Remy Ishak Bertarung Di Dalam SANGKAR

SANGKAR bakal menggegarkan pawagam di seluruh negara pada 29 Ogos 2019. Ia filem kolaborasi mega di antara empat penerbit dan dijangka merangsang lagi industri filem tempatan dengan gabungan visi dan bakat kreatif keempat-empat rakan kongsi ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE