SEARCH

SUATUKALA: Badang, Merah Puteh & Malin Kundang Moden

SUATUKALA: Badang, Merah Puteh & Malin Kundang Moden

SUATUKALA – tiga hikayat dongeng lama yakni ‘Badang’, ‘Merah Puteh’ dan ‘Malin Kundang’ diberi nafas baru dan diceritakan semula dalam konteks moden.

Filem televisyen (FTV) terbitan ASTRO ini telah pun dikompilasikan khas untuk tontonan keluarga. Ia bakal menggamit nostalgia zaman kecil ibubapa serta menawarkan pengalaman membekas dan menyeronokkan untuk anak-anak generasi sekarang.

Suatukala BADANG, MALIN KUNDANG, MERAH PUTEH by STAIL.MY 1

SUATUKALA mendapat inspirasi daripada tiga hikayat dongeng rakyat yang cukup terkenal di negara-negara rumpun Nusantara seperti Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Berpaksikan pada satu tema yang sama, ia berlatarkan dongeng dalam sebuah negara fiksyen bernama “InderaLoka”, SUATUKALA tampil lebih kreatif apabila menggandingkan tiga pengarah dari tiga rumah penerbitan yang berbeza.

Ia karya antologi yang dizahirkan oleh tiga pengemudi, yang duduk bersama di atas satu kerusi sutradara. Syamyl Othman mengarahkan ‘Merah Putih’ dan mewakili ‘Red Communications’, manakala ‘Badang’ pula mendapat sentuhan pengarah eksentrik, Nik Amir Mustapha dari ‘Lumatic Films Sdn Bhd’.

Pada masa sama, pengarah baru Edison Cheam diberi kepercayaan untuk menyarung jersi sutradara bagi ‘Malin Kundang’ dan bekerjasama dengan ‘Arie Zaharie Productions’.

Kolaborasi ini memberi ketiga-tiga pengarah satu kebebasan untuk menggarap filem mengikut kreativiti masing-masing. Penonton bakal melihat gaya pengarahan, jalan cerita dan struktur plot yang pelbagai dalam satu layar atau tema filem yang sama.

Ia adalah keunikan SUATUKALA, di mana tiga cerita rakyat ini dikompakkan menjadi satu kisah dongengan versi padat, segar dan moden dengan genre komedi keluarga dan fantasi yang berdurasi selama 90 minit dengan masing-masing dipertontonkan selama 30 minit untuk setiap satu cerita dongeng.

Suatukala BADANG, MALIN KUNDANG, MERAH PUTEH by STAIL.MY 2

“SUATUKALA ialah projek eksperimen yang mana kami gabungkan kisah-kisah dongengan terkenal Nusantara dan kami ceritakan pula dalam bentuk filem televisyen.

“Juga bagi menarik minat adik-adik di luar sana, kami terapkan elemen santai, moden dan komedi agar ia relevan dengan peredaran zaman,” ucap Putri Yasmin Megat Zaharuddin selaku Naib Presiden Gen Next ASTRO di majlis pratonton bersama media di TGV, Sunway Velocity.

SUATUKALA turut menampilkan nama-nama besar yang terlibat, sama ada secara langsung atau belakang tabir, seperti Yusri Abdul Halim sebagai Ketua Bahagian Kesan Khas serta gabungan pelakon-pelakon berpengalaman bersama bakat-bakat muda baharu yang amat berbakat.

Mereka terdiri daripada Kamal Adli, Dynas Mokhtar, Amir Raja Lawak, Sharifah Shahirah, Liza Othman, Rykarl Iskandar, Wafiy Ilhan, Sweet Qismina, Harith Haziq, Qistina Raisah, Arel Azimi, Syumaila, Zynakal, Arif Karim dan Firdaus Ghufran.

SUATUKALA dijadualkan menemui penonton seluruh Malaysia mulai 15 Mac ini di Astro Eksklusif Saluran 480 atau menerusi pentas digital, ‘On Demand’.

Suatukala BADANG, MALIN KUNDANG, MERAH PUTEH by STAIL.MY 3
SINOPSIS SUATUKALA

Pada SUATUKALA, di sebuah negeri yang bernama InderaLoka, dua bangsa berkongsi hidup di atas tanah yang sama, iaitu ‘Indera’ dan ‘Loka’. Bangsa Indera mempunyai kuasa sakti dan sentiasa digeruni oleh bangsa Loka. Akibatnya Indera disisih, ditindas dan digunakan hanya untuk kepentingan Loka sahaja.

Kerana naluri Indera itu memang bencikan pada kekerasan dan naif dalam membuat keputusan, bilangan mereka semakin lama, semakin berkurangan. Ada yang ditahan, ada juga yang hilang entah ke mana.

Raja Inderaloka pula mengeluarkan titah supaya pengawal istana keluar keliling kota. Raja mahukan saki-baki orang Indera dicari dan dikumpul di istana dengan kadar segera. Namun tiada siapa yang tahu niat sebenar sang raja. Inilah cerita-cerita SUATUKALA.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE