SEARCH

Ernie Zakri & Ummi Nazeera ‘Bersama’ Demi Suri Katriana

Ernie Zakri & Ummi Nazeera ‘Bersama’ Demi Suri Katriana

Naskah Melodrama Suri Katriana Papar Kisah Konflik Persahabatan Dan Kekeluargaan, Pengkhianatan, Dilema Perhubungan Dan Perselingkuhan.

Ernie Zakri & Ummi Nazeera ‘Bersama’ Demi Suri Katriana 1

Suri Katriana ialah sebuah naskah asal yang mengangkat genre melodrama berat arahan pengarah Mohd Fazli Yahya terbitan Astro Prima. Drama bersiri 49 episod ini menampilkan kemunculan pertama penyanyi, Ernie Zakri dalam dunia lakonan bersama Ummi Nazeera.

Kedua-dua tunggak utama ini perlu menjiwai watak individu yang sama bernama Suri Katriana. Seorang penari yang berperwatakan lembut, kemudiannya bertukar menjadi seorang pendendam. Kadang-kala dia mengalami gangguan mental kerana begitu ingin mengetahui perkara yang berlaku di sebalik kematian ibunya.

Diberi kepercayaan memegang watak utama sebagai Suri, Ernie menganggap dunia lakonan lebih mencabar berbanding bidang nyanyian. Pihak produksi turut membuat sedikit pengolahan pada watak yang dijayakan Ernie (sebagai seorang penari bernama Suri) bagi memastikan lebih sesuai buatnya.

Ernie Zakri & Ummi Nazeera ‘Bersama’ Demi Suri Katriana 2

Walaupun ia gandingan sulung antara Ernie & Ummi, ‘Suri Katriana’ berjaya mencetuskan keserasian antara mereka berdua.

Ernie Zakri & Ummi Nazeera ‘Bersama’ Demi Suri Katriana 3

Salah satu aspek utama ‘Suri Katriana’ adalah tarian. Justeru bagi memastikan pelakon utama mampu menjiwai karakter yang diberikan dengan baik, pihak produksi telah mengupah tenaga jurutari profesional untuk mengajar rentak tarian yang betul dan bersesuaian untuk watak-watak yang dijayakan.

Selain itu, aspek pengolahan skrip dan pembentukan karakter barisan pelakon juga amat dititikberatkan bagi memastikan keberkesanan kualiti lakonan dapat disampaikan dengan baik dalam apa jua watak yang dipegang. Malah, kesemua barisan pelakon yang dipilih untuk menjayakan drama ini juga adalah berdasarkan kesesuaian watak untuk memastikan lakonan yang mantap dan berkesan.

Selain dari menggalas watak utama, Ernie Zakri turut diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu tema ‘Suri Katriana’. Lagu yang berjudul ‘Sinar Mata Hati’ ini dicipta oleh komposer terkemuka, Helen Yap bersama Slen Fadzil selaku penulis lirik.

Pelakon Suri Katriana

SINOPSIS SURI KATRIANA

‘Suri Katriana’ mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis baik hati bernama Suri (lakonan Ernie Zakri). Dia begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.

Selepas kematian ibubapanya, keadaan semakin mendesak sehingga memaksa Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu keluarga mereka. Di masa sama, Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy).

Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup berbeza dari sebelum ini. Dia kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya. Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar. Pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dugaan.

Apakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu? Sama-sama kita tonton.

Suri Katriana bakal bersiaran setiap Isnin-Jumaat, jam 6 petang mulai 30 Oktober di Astro Prima (105) & Prima HD (121)

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE