SEARCH

The Hantus – Filem Komedi Seram Pertama Arahan Nabil Ahmad, Dibintangi Alif Satar, Hannah Delisha & Faizal Hussein

The Hantus – Filem Komedi Seram Pertama Arahan Nabil Ahmad, Dibintangi Alif Satar, Hannah Delisha & Faizal Hussein

Dari hari ke hari, perjalanan seni figura ini terus diwarnai dengan pelbagai peranan menarik. Terbaharu, pengacara dan pelakon versatil, Nabil Ahmad mengorak selangkah lagi tapak apabila buat julung kalinya menghasil telefilem berjudul The Hantus, khas untuk siaran Astro First Eksklusif (saluran 480) sempena Hari Raya 2018.

Nabil Ahmad The Hantus BY STAIL.MY
Selain penulis skrip dan penerbit, Nabil turut berperanan sebagai pengarah bersama ‘The Hantus’ di samping pengarah, Helmi Yusof.

 

Telefilem yang bergenre komedi-seram ini diinspirasikan dari kisah-kisah hantu seram popular termasuklah kisah ‘Volkswagen Kuning’, ‘Hantu Kak Limah’ dan ‘Misteri Taman Mimaland’. Berlatarkan skrip dan plot penceritaan yang unik, ‘The Hantus’ diperhebatkan lagi dengan penampilan barisan selebriti popular seperti Faizal Hussein, Alif Satar, Hannah Delisha dan Khatijah Tan yang memegang watak utama untuk naskhah hantu ini.

‘The Hantus’ memaparkan sisi berbeza “sekumpulan hantu’ yang bakal membuat kamu terhibur dan tidak kering gusi. Jika sebelum ini, kebanyakan filem-filem bergenre seram sinonim dengan babak-babak dan plot penceritaan yang menakutkan serta mengerikan, Nabil tampil segar dengan pendekatan yang berbeza apabila menggabungkan elemen seram, komedi dan cinta sebagai latar utama ‘The Hantus’.

The Hantus by STAIL.MY 1

Sinopsis The Hantus

Berdurasi selama 90 minit dan dihasilkan dalam lima bab, yang berhubung antara satu sama lain.

Dimulakan dengan Bab 1 yang menceritakan tentang kisah individu yang dilahirkan pekak dan bisu bernama ‘Din Pekak’. Dia yang bekerja sebagai pemandu bas ekspres terlibat dalam satu kemalangan ngeri ketika membawa penumpang dari Genting Highlands melalui Lebuhraya Karak.

Kemalangan itu menyebabkan semua penumpang termasuk pemandu terkorban di tempat kejadian kecuali Fami (lakonan Alif Satar). Fami ‘terjaga’ dalam keadaan berlumuran darah, lalu mendaki bukit menuju ke jalan besar untuk meminta bantuan.

Alif Satar - The Hantus by STAIL.MY

Bab 2 pula menampilkan kisah ‘Abang Volkswagen Kuning’. Fami yang terlibat dalam kemalangan sebentar tadi berusaha melambai tangan dan menjerit meminta bantuan kereta-kereta yang memandu melepasi lebuhraya tersebut, namun tiada satu pun yang berhenti untuk membantu.

Sehinggalah sebuah Volkswagen Kuning berhenti di bahu jalan, menghampiri Fami. Pemandu Volkswagen Kuning tersebut (lakonan Faizal Hussein) adalah jelmaan atau hantu, namun Fami tidak menyedarinya. Sama seperti dia tidak menyedari yang kini dia berada di ‘persimpangan’ di antara dua kehidupan; dunia sebenar dan alam barzakh.

Abang Volkswagen kemudiannya membawa Fami ke satu tempat dan memperkenalkan ‘Kak Pon’ atau Pontianak (lakonan Khatijah Tan). Bab 3 menceritakan momen gembira Fami bersama ‘rakan-rakan’ barunya ini di sebuah taman tema terbiar, “Taman Mimaland” (taman tema pertama di Malaysia yang ditutup pada 1994 kerana dikatakan berhantu).

Hannah Delisha - The Hantus by STAIL.MY

Di situ (Bab 4), Fami berkenalan dengan ‘Dhiya’ (lakonan Hannah Delisha). Sebelumnya, Dhiya terlibat dalam kemalangan tragik dan mengalami kematian otak. Fami mula menyukai Dhiya dan mereka kemudiannya jatuh cinta. Entah kenapa, Fami dan Dhiya perlu sentiasa bersama kerana Dhiya dilihat akan jatuh pengsan setiap kali Fami berada jauh darinya. Fami juga kerap diserang sakit di bahagian hatinya, tanpa sebarang sebab.

Bab 5 pula menyorot kembali kisah Fami sendiri dan bagaimana dia boleh berada di dalam bas ekspres yang dipandu Din Pekak sehingga terlibat dalam kemalangan dan terjatuh ke dalam gaung, sehingga bermulalah ‘perjalanan misteri’ tersebut.

Keseluruhan penggambaran ‘The Hantus’ diadakan di lokasi-lokasi utama sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. Sesi penggambaran berlangsung selama 14 hari. Dengan plot penceritaan ‘The Hantus’ yang berlatarbelakangkan era 70-an, lagu “Pesta Muda Mudi” oleh Kugiran Masdo dijadikan sebagai lagu tema filem komedi-seram ini.

The Hantus by STAIL.MY 3

Pengarah The Hantus Nabil Ahmad by STAIL.MY

Pengarah The Hantus Nabil Ahmad by STAIL.MY 2

 

The Hantus by STAIL.MY 4

The Hantus by STAIL.MY 5

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE