SEARCH

15 Foto #ZULOFA – Gandingan Sulung Neelofa & Zul Ariffin Untuk ‘Ti Amo Sweetheart 100 Hari’

15 Foto #ZULOFA – Gandingan Sulung Neelofa & Zul Ariffin Untuk ‘Ti Amo Sweetheart 100 Hari’

Neelofa dan Zul Ariffin digandingkan bersama buat kali pertama untuk drama adaptasi novel berbahasa Melayu bertajuk Ti Amo Sweetheart 100 Hari, hasil nukilan novelis Suri Ryana.

Sememangnya gandingan mesra antara dua pelakon hebat ini membikin internet – khususnya laman Instagram kedua-dua pelakon – lebih hangat daripada biasa.

A post shared by STAIL.MY (@stail.my) on

Adegan pelukan mereka sempat tular dan membuat netizen (juga haters) tak senang duduk. Ada yang memuji, ada juga yang menghina. Lumrah peminat, ada yang suka dan ada juga berduka, bukan?

Hiruk-pikuk ini sehinggakan membuat Zul Ariffin terpaksa memuat-naik penjelasan di laman Instagramnya, yang berbunyi,

“Jadi ini situasi di set penggambaran, apabila dua pelakon yang tidak begitu rapat harus berlakon seperti sudah mengenali antara satu sama lain selama bertahun-tahun.

Ia bukan sahaja janggal, malah sedikit ‘segan’. Namun di penghujung hari, yang penting adalah kehadiran rasa manis dan cinta untuk sebuah jalan cerita yang menyakinkan, dari tungkus-lumus seluruh pasukan produksi, ingin sampaikan,” jelas Zul.

Pun begitu, terdapat juga peminat setia Neelofa yang begitu teruja dan terus-terusan meraikan “perhubungan cinta set” terbaru pelakon yang ‘Sweet & Smart‘ ini, sampai-sampai tercipta singkatan baru yang mereka panggil sebagai #ZuLofa.

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

 

Ti Amo Sweetheart 100 Hari mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang berpisah kerana fitnah dan salah faham. Malissa (Neelofa) ditinggalkan suaminya, Iskandar (Zul Ariffin) setelah setahun mereka mendirikan rumahtangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar.

Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar, sehinggalah seorang lelaki misteri memberitahunya maklumat terkini keberadaan Iskandar dan Dina. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar.

Satu insiden tak terduga di pangsapuri Iskandar, menemukan semula Malissa dengan Dina. Tidak mahu Dina kemurungan akibat terpaksa berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran.

Apakah tawaran itu? Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam hanya tempoh 100 hari? Siapa pula dalang di sebalik fitnah tersebut?

Masihkah ada cinta di pertemuan kali kedua?

Segalanya bakal terjawab di ‘Ti Amo Sweetheart 100 Hari’ arahan Michael Ang ini, sempena Hari Raya Aidilfitri 2018, nanti.

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 1
BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 2

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 3

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 4

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 5

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 6

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 7

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 8

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 9

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 10

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 11

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 12

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 13

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 14

BTS Ti Amo Sweetheart 100 Hari by STAIL.MY 15

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE