SEARCH

Dato Sri Siti Nurhaliza, Izara Aishah, Elfira Loy Antara Skuad Selebriti Shopee Terbaru

Dato Sri Siti Nurhaliza, Izara Aishah, Elfira Loy Antara Skuad Selebriti Shopee Terbaru

Kamu dambakan produk jenama selebriti terkenal tanah air tanpa perlu pergi ke butik dan mahu terus dihantar ke rumah? Membeli-belah di e-dagang trend yang lebih jimat masa dan tenaga, kamu perlu memilih dan bayar saja. Untuk itu, platform e-dagang asal Taiwan, Shopee melancarkan inisiatif terbarunya, Skuat Selebriti Shopee yang membolehkan penggunanya mendapatkan koleksi produk yang dikeluarkan oleh selebriti tempatan kesayangan mereka.

Skuad Selebriti Shopee

Kini, kira-kira 10 juta pengguna dan dianggarkan 400,000 usahawan di platform ini. Shopee Malaysia terus kukuh di tangga pertama bagi kategori aplikasi membeli-belah dalam talian di App Store dan Google Play.

Pengguna kami yang menentukan teras strategi kami dan kami akan terus berusaha mencari alternatif baru untuk berhubung dengan mereka secara mendalam. Kami tahu, rakyat Malaysia amat meminati selebriti tempatan pilihan mereka dan dengan peningkatan bilangan selebriti yang melancarkan produk masing-masing, kami mendapati permintaan terhadap produk tersebut juga meningkat. Oleh itu, kami melancarkan Skuad Selebrity Shopee, ruangan khas dalam aplikasi yang membariskan pelbagai produk selebriti yang membolehkan pengguna membeli produk keluaran selebriti kegemaran mereka semudah satu klik sahaja! Sejajar dengan pelancaran ini, kami juga menjanjikan pelbagai tawaran eksklusif dan potongan harga istimewa atas semua koleksi selebriti.” Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Memperkenalkan barisan pelopor Skuad Selebriti Shopee:

Skuad Selebriti Shopee– Penyanyi Nombor 1 Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza Tarudin yang menawarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti.

Skuad Selebriti Shopee– Pelakon popular, Nora Danish dengan jenama tersendiri Owl, yang menawarkan fesyen Muslim tradisional dengan sentuhan moden.

Skuad Selebriti Shopee– Pelakon kegemaran ramai, Izara Aishah memperkenalkan produk bibir berjenama Madame Izara di Shopee.

Skuad Selebriti Shopee

Skuad Selebriti Shopee

– Bintang drama popular Separuh Jiwaku, Elfira Loy dan finalis Akademi Fantasia Musim Ke-5, Heliza Helmi dengan jenama masing-masing EL dan Heliza Guzel Hive – menjual pakaian tradisional Muslim.

Skuad Selebriti Shopee
– Artis serba boleh, Emma Maembong bukan sahaja bergiat dalam bidang lakonan dan peragaan, malah memulakan perniagaan sendiri yang membariskan produk penjagaan kulit, EMBS.

Kempen Cahaya Raya Shopee juga masih berlangsung. Dari 3 Mei ke 17 Jun, pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM1.5 juta dengan menyertai permainan dalam aplikasi Shopee yang mengujakan. Shopee turut bekerjasama dengan Visa dalam membawakan permainan popular ‘Ketupat Raya’ yang menjanjikan pengguna bertuah pelbagai hadiah termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000; sebuah Honda HRV bernilai RM100,000; sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 serta syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan banyak lagi. Di samping itu, Shopee juga menawarkan syiling Shopee bernilai sehingga 28 juta unit menerusi permainan Duit Goncang yang berlangsung setiap hari dari 17 Mei hingga 8 Jun pada dua waktu yang ditetapkan iaitu 5.00 pagi dan 7.00 malam.

Layari Shopee dari 24 hingga 27 Mei untuk menikmati tawaran terbaik sempena Hari Raya menerusi Jualan Kilat Shocking Sale Berganda (Upsized Shocking Sale) yang dilancarkan sebanyak lima kali sehari dan rebut baucar sepanjang kempen Beat the Clock Shopee. Selain itu, Jualan Lelong Campur-campur (Campur-campur Bundle) membolehkan pengguna memilih sendiri padanan kegemaran mereka daripada menu produk yang sedia ada dan menikmati potongan harga istimewa. Akhir sekali, dapatkan Koleksi Terbaik Cahaya Raya (Best of Cahaya Raya) yang menawarkan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai pilihan produk.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE