SEARCH

The Sleeping Beauty: Rasai Magis Balet Rusia, 11 & 12 Oktober Ini

The Sleeping Beauty: Rasai Magis Balet Rusia, 11 & 12 Oktober Ini

Pementasan legenda dan balet terkemuka dunia, Teater St Petersburg Russian Ballet (TSPRB) mencapai kata sepakat dan menandatangani persetujuan bersama The Dance Company (TDC) Malaysia bagi menganjurkan persembahan perdana secara eksklusif buat julung kalinya, pementasan teater muzikal The Sleeping Beauty di Kuala Lumpur, Malaysia.

Mencatatkan pencapaian dan rekod yang membanggakan sejak pementasan ‘Swan Lake’ oleh Ballet West tahun lalu, TDC kali ini mengambil inisiatif dan langkah berani dengan membawakan pula ‘The Sleeping Beauty’ oleh TSPRB lengkap dengan 33 penari balet terlatih untuk mempamerkan bakat mereka dan mempersembahkan seni koreografi yang memukau.

Pementasan ini akan menjadi pertunjukan Teater St Petersburg yang pertama di Malaysia dengan The Sleeping Beauty menjadi yang pertama dipersembahkan di Asia.

Pementasan sulung ‘The Sleeping Beauty’ di Malaysia kali ini meneruskan tradisi dan legasi balet klasik Rusia dan akan dipersembahkan dengan rentak koreografi yang asal. Penari-penari balet ini berpengalaman melakukan lebih 250 pertunjukan setiap tahun di lebih 130 bandar utama dunia seperti Finland, Belgium, Belanda, Jerman, Kanada termasuk China dan Amerika Syarikat.

Audrey Kwan, Presiden Dance Artistry Internasional berkata, “The Sleeping Beauty buat julung kalinya dipentaskan di St Petersburg, Rusia pada 1890. 129 tahun kemudian, kami benar-benar berhasrat agar St Petersburg mementaskan kisah klasik romantis ini buat pertama kali di Malaysia,” ucapnya.

‘The Sleeping Beauty’ adalah karya sebenar dari Siri Balet Rusia yang diolah oleh legenda balet terkenal Marius Petipa, yang juga seorang pengkritik balet terkemuka dunia. Selain itu, susunan dan komposisi muzik diadun oleh komposer Rusia yang terkenal, Pyotr Tchaikovsky.

Anna Voytina dan Aleksandr Voitin terlibat selaku penari, memainkan peranan sebagai bintang utama di dalam pementasan ‘The Sleeping Beauty’ kali ini, yang juga bakal diarahkan oleh Aleksandr Manoshkin.

Rangkaian kostum dan busana ‘The Sleeping Beauty’ yang akan dipersembahkan nanti adalah seperti yang kamu harapkan untuk sebuah pementasan balet Rusia. Kostum mereka mampu menterjemahkan dan menambah estetika untuk menghasilkan persembahan yang dramatik dan ekspresi seni yang tulus.

Dr Ayrat A. Akhmetov berkata, “Saya percaya melalui kesenian dan budaya, The Sleeping Beauty oleh Teater St Petersburg Russian Ballet yang dianjurkan bersama The Dance Company Malaysia ini mampu membina hubungan yang lebih kukuh antara negara kita (Malaysia dan Rusia). Saya berbangga dan sukacitanya akan menyaksikan sendiri warisan unggal Rusia ini di Kuala Lumpur, Oktober nanti,” ucapnya.

Majlis Persetujuan Perjanjian Bersama yang diadakan serentak dengan sesi sidang media itu disaksikan oleh YTM Tunku Mu’Tamir (kerabat diRaja Negeri Sembilan) dan Dr Ayrat A. Akhmetov, Pengarah Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia, tamu-tamu kehormat serta rakan-rakan media.

The Sleeping Beauty: Rasai Magis Balet Rusia, 11 & 12 Oktober Ini

The Sleeping Beauty bakal berlangsung pada 11 dan 12 Oktober 2019 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tiket boleh didapati di TicketCharge.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE