SEARCH

Forever Mine – Kisah Cinta Kedua Sophia Fredskild

Forever Mine – Kisah Cinta Kedua Sophia Fredskild

Tak pernah berputus asa dalam membuktikan minat mendalamnya terhadap dunia muzik, bintang yang semakin meningkat naik Sophia Fredskild kembali dengan sebuah lagi lagu bertajuk Forever Mine.

Lagu ini juga adalah lagu Inggeris terbarunya dan dilancarkan secara rasmi sejak Mac lalu. ‘Forever Mine’ adalah sambungan kepada lagunya yang pertama iaitu ‘Waiting For Love’ dan versi Melayu berjudul ‘Menanti Cinta’. ‘Forever Mine’ adalah lagu kedua dalam trilogi lagu-lagunya menceritakan kisah cinta seorang remaja.

Kali ini, kisahnya membawa kepada Sophia yang akhirnya menemui jejaka pilihannya untuk selama-lamanya. Atas dasar itu lagu ini dinamakan ‘Forever Mine’. Ia mencoretkan detik dia bertentang mata dengan jejaka tersebut buat kali pertama dan perasaannya yang malu serta gementar setiap kali bersua kerana dia sering mengimpikan kehadiran lelaki itu.

Video muzik lagu ini menterjemahkan mesej lagu dan menunjukkan Sophia dalam beberapa era berbeza sebagai simbol yang dia ingin bersama jejaka tersebut selamanya, di tiap tahun, abad dan era.

Forever Mine dirakam di berbagai lokasi termasuk salun rambut, taman dan beberapa babak bagi menggambarkan era-era yang berbeza. Versi Bahasa Melayu lagu ini bertajuk ‘Cinta Selamanya’ akan dilancarkan sekitar Julai 2019.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE