SEARCH

#SampaiKeBulan Stacy ‘Khayal’ Bak Bidadari Malam

#SampaiKeBulan Stacy ‘Khayal’ Bak Bidadari Malam

Walau apa jua jenis muzik yang dibawa penyanyi genit yang lincah menari ini, lagu nyanyian Ummu Shaikhah Stacy Anam atau lebih dikenali dengan nama pentas Stacy ini tidak pernah mengecewakan dan selalu menjadi siulan ramai. Kali terakhir muncul dengan single ‘RAJA’ tahun lepas, kali ini Stacy kembali dengan lagu terbaru bertajuk KHAYAL.

KHAYAL menyaksikan kematangan penyanyi berusia 29 tahun ini selama 11 tahun berkecimpung dalam industri tanah air. Ia adalah lirik kedua tulisan Stacy selepas mencuri perhatian sebagai penulis lirik untuk lagu ‘Rampas’ yang dinyanyikan Akim & The Majistret. Lagu bergenre EDM pop ini ialah hasil ciptaan Hang Nadim bersama Ziin.

Senikata KHAYAL pula hasil tulisan Stacy sendiri yang berkarya di bawah nama pena Bunga Cantik. Ia mengambil inspirasi daripada kisah Stacy sendiri yang gemar berkhayal dengan kisah fantasi di kala dirinya sukar melelapkan mata saat malam menjelma.

STAIL.MY #SampaiKeBulan Stacy KHAYAL Bak Bidadari lirik muzik video khayal

“KHAYAL sebenarnya menceritakan tentang betapa sakitnya menghadapi dunia realiti.”

Bila kita tertekan, marah, kecewa atau sedih, jika boleh kita mahu lari dari segala masalah. Saya rasa semua orang pernah mengalami perkara yang sama, semua orang pun pernah ‘berkhayal’ atau mencipta kisah fantasi di benak fikiran masing-masing sebagai ‘pelepasan’ untuk melupakan sebentar realiti kehidupan sebenar” – Stacy

Penyanyi yang mula mencipta nama sejak menjuarai program realiti Akademi Fantasia musim ke-6 pada 2008 ini, turut menggunakan tanda pagar #SampaiKeBulan menerusi entri yang dimuat naik dalam laman media sosial.

STAIL.MY #SampaiKeBulan Stacy lirik KHAYAL Bak Bidadari muzik video #SampaiKeBulan

“Dalam lirik Khayal ini, saya ada menulis tentang ‘biar cinta sampai ke bulan’” – Stacy

“Sebenarnya, saya tulis khas bait lirik ini untuk menggambarkan betapa besarnya tanda cinta saya kepada keluarga dan betapa utuhnya ikatan kami sekeluarga yang akan tetap selalu menjalani kehidupan bersama walau susah atau senang,” jelas bintang asal Sabah ini.

Menambah istimewa, KHAYAL adalah lagu pertama terbitan Stacy sendiri menerusi syarikat Rhythm & Rhyme Entertainment (RnR) miliknya dan suami, Akim Ahmad dengan kerjasama Nova Music Malaysia sebagai rakan usahasama dan pengedar.

“Harapan saya agar peminat dapat terima, suka dan faham maksud lagu KHAYAL ini. Sokongan peminat yang tak pernah lelah banyak memberi motivasi kepada saya untuk terus menghasilkan lagu yang lebih baik di masa hadapan,” ucap Stacy dalam nada syukur.

STAIL.MY #SampaiKeBulan Stacy KHAYAL Bak Bidadari 1

KHAYAL boleh didengarkan di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBox, Deezer dan iTunes. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial Instagram @stacyanam dan @novamusicmy

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE