SEARCH

SUICIDE SQUAD: FILEM WATAK JAHAT KOMIK DC YANG DINANTI-NANTI DI PAWAGAM 4 OGOS INI

SUICIDE SQUAD: FILEM WATAK JAHAT KOMIK DC YANG DINANTI-NANTI DI PAWAGAM 4 OGOS INI

SuicideSquad2_stailMY

Jika awal tahun ini, Warner Bros mengeluarkan sebuah filem adiwira adaptasi dari Komik DC, Batman Vs Superman: Dawn of Justice, kini giliran watak jahat pula untuk beraksi.

Suicide Squad, filem arahan David Ayer memang lain dari yang lain. Filem ini mengangkat watak-watak jahat sebagai pemain utama. Ia dibintangi oleh nama-nama besar dan ternama Hollywood seperti Will Smith (Deadshot), Jared Leto (Joker), Margot Robbie (Harley Quinn), Joel Kinnaman (Rig Flag), Viola Davis (Amanda Waller), Jai Courtney (Boomerang), Jay Hernandez (El Diablo) Adewale Akinnuoye-Agbaje (Croc), Cara Delevigne (Enchantress) dan anak mendiang Clint Eastwood, iaitu Scott Eastwood. Baca juga 6 WATAK IKONIK JARED LETO SEBELUM THE JOKER pada rencana sebelum ini.

Filem ini mengisahkan sebuah kumpulan watak-watak jahat yang mempunyai kuasa dan kemahiran tersendiri, dikumpulkan secara paksa oleh agensi rahsia kerajaan. Diketuai Amanda Waller, kumpulan ini diwujudkan bagi melaksanakan sebuah misi Black Ops yang sangat bahaya. Terdapat ancaman yang besar bakal melanda dunia. Hanya ‘pasukan berani mati’ yang dianggotai watak-watak jahat ini dilihat berpotensi untuk menghalangnya. Sebagai balasan mereka akan diberikan pengampunan sekiranya berjaya menawan ‘ancaman’ luar biasa jahat ini.

Filem super box-office yang memakan belanja 175 juta Dolar ini bakal beraksi di panggung wayang seluruh dunia pada 4 Ogos 2016 (Khamis).

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE