SEARCH

Murung Punca Nombor Satu Artis K-pop Usia 25 Tahun, Sulli Bunuh Diri

Murung Punca Nombor Satu Artis K-pop Usia 25 Tahun, Sulli Bunuh Diri

Isu bunuh diri bukanlah satu perkara asing di dalam industri hiburan Korea Selatan. Sebelum ini, peminat pernah dikejutkan dengan kematian Jonghyun ahli kumpulan Shinee dua tahun lalu. Isu yang sama, semuanya berpunca daripada masalah kemurungan. Isnin yang lalu, satu berita menggemparkan dunia hiburan serta peminat K-pop seluruh dunia di mana Sulli atau nama sebenar Choi Jin Ri, pelakon serta bekas ahli kumpulan idola wanita nombor satu di Korea, f(x), dilapor mati di rumahnya yang terletak di daerah Seongnam, Seoul.

Sememangnya jika kamu peminat setia K-pop pasti tahu mengapa Sulli membuat keputusan untuk menggantung dan menamatkan riwayat hidupnya. Ya, dia mengalami masalah murung yang keterlaluan sebelum ini dan secara terang-terangan dibuli di Internet sehinggakan perlakuannya semakin hari semakin aneh. Walaupun sudah sering menyuarakan tentangan terhadap ‘pembuli’ internet ini, namun tiada yang berubah malah ramai yang masih melempar komen-komen kesat kepada mendiang secara terbuka tanpa rasa bersalah.

Sulli bunuh diri

Sekali lagi, kematiannya mendedahkan serta mengingatkan kita kembali sisi gelap sebenar industri hiburan Korea Selatan yang selama ini diidamkan masyarakat di seluruh dunia yakni kehidupan glamor dan popular sebagai penyanyi di negara itu. Sehingga ke hari ini SM Entertainment (agensi yang menaung si mendiang), mendiamkan diri tentang isu kemurungan yang dialami Sulli selain daripada mengumumkan secara rasmi berita sedih pemergiannya pada Isnin lalu.

Badan Persatuan Hiburan Korea baru-baru ini mengumumkan bahawa persatuan ini akan mula menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang meninggalkan komen-komen kesat terhadap kematian Sulli ini serta untuk di masa akan datang pada semua artis hiburan Korea Selatan.

Dan bukan itu sahaja, sempena kematian Sulli, penggubal undang-undang Korea turut menyatakan cadangan untuk mencipta undang-undang baharu yang dipanggil ‘Sulli Act’. Rang undang-undang ini secara rasmi akan dibawa ke meja pada hari ke-49 kematian Sulli di Dewan Memorial Dewan Negara nanti.

Tiada sebarang nota bunuh diri yang ditinggalkan Sulli sebelum pergi. Hanyalah diari yang menyatakan perasaan hariannya yang senantiasa sedih mengenangkan orang luar yang hanya tahu menghentam dia tanpa memahami dia sepenuhnya. Walaupun dalaman dia cukup berkecamuk, dia masih menggagahkan diri ke lokasi penggambaran sehari sebelum menamatkan riwayat hidupnya tanpa menunjukkan tanda-tanda sedih langsung.

Sulli yang kita kenali sebelum ini seorang yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Tawanya sering menggembirakan orang sekelilingnya. Ingatlah wahai teman-teman, membuli itu tidak baik. Baik menerusi tindakan fizikal atau kata-kata, kedua-duanya sama bahaya. Dan buat kamu yang murung, elakkan bersendirian, hubungi befrienders di talian 03-79568145 dan luahkan pada mereka yang sudi mendengar dan membantu kamu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE