SEARCH

Swan Lake: Teater Balet Legenda Rusia Di Istana Budaya

Swan Lake: Teater Balet Legenda Rusia Di Istana Budaya

Bintang dan penari balet antarabangsa, Irina Kolesnikova membawa Swan Lake, teater balet legenda dari St Petersburg Ballet Theatre ke Istana Budaya, jam 8:30 malam pada 26 hingga 28 Julai 2019.

Pertama kali dipentaskan di Rusia pada 1895, Swan Lake adalah salah satu produksi tarian balet yang paling masyur di dunia. Dengan aksi ‘white acts’ yang sukar ditandingi, suasana dewan tarian yang menakjubkan, muzik mengagumkan serta jalan penceritaan yang begitu menyentuh hati dan memukau hadiran, Swan Lake ialah sebuah persembahan balet yang mengatasi karya-karya seumpamanya.

Swan Lake: Teater Balet Legenda Rusia Di Istana Budaya STAIL.MY 1 2

Swan Lake menceritakan tentang kisah Putera Siegfried yang jatuh cinta dengan Puteri Angsa Odette, seorang gadis yang bertukar menjadi angsa putih setelah terkena sumpahan ahli sihir jahat bernama Rothbart. Ia adalah legenda bagaimana cinta sejati menguasai segalanya.

Ditubuhkan pada 1994, St Petersburg Ballet Theatre bukan sahaja terkenal dengan penari-penari balet terlatih Vaganova, tetapi juga produksi teater yang menakjubkan. Diterajui oleh penari balet utama wanita, Irina Kolesnikova, syarikat tersebut mengembara ke seluruh dunia untuk mempersembahkan karya klasik daripada himpunan hikayat agung mendunia termasuk ‘Giselle’, ‘Don Quixote’, ‘La Bayadere’, ‘Romeo & Juliette’ dan ‘The Nutcracker’ serta ‘Sleeping Beauty’. Saban tahun, St Petersburg Ballet Theatre menerima sambutan tinggi dengan mengadakan lebih 200 persembahan.

Selepas tiket habis terjual di London, Paris, Sydney dan Singapura, St Petersburg Ballet Theatre (Rusia) bergandingan pula bersama Shiraz Projects (Malaysia) untuk membuat kemunculan pertamanya di Kuala Lumpur dengan membawa persembahan sensasi Swan Lake ini yang sudah tentu menjanjikan sebuah persembahan (teater + balet + muzikal) yang pasti memukau dan akan memberi pengalaman tidak boleh dilupakan. Ia sebuah persembahan yang tidak boleh dilepaskan!

Swan Lake: Teater Balet Legenda Rusia Di Istana Budaya STAIL.MY 1 3

Tiket Swan Lake boleh didapati sekarang di
www.myticket.asia/swanlake
Harga Tiket    
RM455 (Diamond)
RM345 (Platinum)
RM245 (Gold)
RM155 (Silver)
RM95  (Bronze)

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE