SEARCH

#PositifSelalu Penglibatan Kamu Di DFKL 2019 Bermula!

#PositifSelalu Penglibatan Kamu Di DFKL 2019 Bermula!

Panggilan kepada pengarah-pengarah baharu! Pertandingan Drama Pendek DFKL (DFKL 2019) kini dibuka untuk penyertaan dan mempertaruh hadiah bernilai sehingga RM18,000 untuk dimenangi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, “Semenjak pengenalan DFKL pada 2014, pertandingan drama pendek ini menjadi antara pertandingan drama paling ramai disertai orang awam. Pelbagai genre drama pendek yang berkualiti telah diterima sehingga kini.

Oleh itu kami menyeru kepada semua sutradara muda di luar sana untuk menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan drama-drama pendek ini sebelum 1 Mac 2019. Rebutlah peluang yang kami sediakan dan menangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000 (juara), RM5,000 (naib juara) dan RM3,000 (tempat ketiga),” ucapnya.

Selain itu, orang ramai juga diseru untuk mengundi artis dan drama pilihan mereka di portal hiburan www.dfkl.com.my sehingga 25 Mac 2019. Penglibatan orang awam dibuka dengan mengalu-alukan mereka mengundi selebriti pilihan mereka di kategori merangkumi ‘Aktor Pilihan’, ‘Aktres Pilihan’, ‘Antagonis Pilihan’, ‘Pengarah Pilihan’, ‘Penulis Skrip Pilihan’, ‘Lagu Pilihan’, ‘Pasangan Pilihan’, ‘Drama Bahasa Cina Pilihan’ dan ‘Drama Pilihan’.

Setiap individu boleh mengundi sebanyak 10 undian setiap hari untuk mana-mana pilihan mereka, di mana undian-undian mereka itu akan menentukan pemenang pada malam anugerah DFKL 2019 bagi kategori yang dipertandingkan kelak.

Bagi penyertaan untuk pertandingan drama pendek pula, terdapat beberapa garis panduan untuk rujukan peserta bagi pertandingan drama pendek ini, seperti di bawah:

  1. Pastikan tiada sebarang jenama yang bertentangan dengan jenama yang menaja pertandingan yang dipaparkan di dalam video.
  2. Muzik atau sebarang audio yang digunakan wajib berstatus bebas royalti.
  3. Dilarang sama sekali menggunakan unsur-unsur lucah, politik, penghinaan terhadap agama,bangsa dan budaya yang boleh merosakkan nilai murni masyarakat, frasa lucah atau bahasa kasar.
  4. Baca dan fahami terma & syarat penuh DFKL 2019 berikut.
Syarat Penyertaan DFKL 2019
  • Tema: Realiti Dunia Media Sosial
  • Jalan cerita harus mempunyai nilai pengajaran, kemasyarakatan dan tidak melanggar etika serta sensitiviti agama dan budaya
  • Durasi video: 3-5 minit
  • Hantar video melalui laman sesawang dfkl.com.my
  • Tarikh tutup penyertaan: 1 Mac 2019
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja

DFKL 2019 tahun ini mengangkat tema #positifselalu untuk menyerap budaya pemikiran dan perlakuan positif dalam kalangan penonton TV dan juga pengguna media sosial di Malaysia terutama di kalangan belia dan milenial.

Ikuti perkembangan terkini DFKL 2019 di laman media sosial @TV3Malaysia dan portal rasmi www.dfkl.com.my. Gunakan tanda pagar #dfkl2019 dan #positifselalu untuk menyemarakkan lagi perbualan di laman media sosial kamu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE