SEARCH

Syura Hampir Pulang Meski Merdu Di Gegar Vaganza 4 Minggu 4

Syura Hampir Pulang Meski Merdu Di Gegar Vaganza 4 Minggu 4

Syura hampir tersingkir meskipun mendapat puji-pujian dan Haida tersingkir di konsert Gegar Vaganza 4 Minggu 4 (GV4M4).

Pada minggu keempat ini, GV4 bertemakan “Berdua Lebih Baik” dan setiap peserta mendapat pasangan duet masing-masing mengikut lagu-lagu yang telah ditetapkan.

5 Terbaik Konsert Gegar Vaganza 4 Minggu 4

Hazami dan Azharina muncul sebagai pasangan duet paling menyerlah malam tadi. Mereka menyanyikan lagu “Jangan Pisahkan” oleh Deddy Dores bersama Mayang Sari dari Indonesia. Lain daripada yang lain, mereka juga pasangan yang paling serasi walaupun Azharina kelihatan lebih mencuri tumpuan.

Syura dan Bob pula berirama tradisional di atas pentas. Suara mereka beralun sempurna menyanyikan “Selasihku Sayang” dendangan asal Datuk Ahmad Jais dan Datin Rafaeh. Kawalan nafas amat baik. Seperti yang diketahui semua, irama tradisional adalah makanan ruji kedua-dua artis ini. Suara mereka menyatu, menari bersama melodi. Cukup nas dan merdu sekali.

Liza Hanim masih terus konsisten. Dia berduet bersama Hafiz Suip menyampaikan “Dirgahayu” oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Permainan mata dan emosi dapat dirasai. Tiada roh Siti yang asal hadir dalam lagu. Satu gandingan yang tepat. Bak kata Datuk Ramli MS. “Inilah yang dinamakan duet!”.

Seterusnya Aishah masih lagi tidak mengecewakan. Dia bersama Sam Innuendo cekal dengan “Ceritera Cinta” (Jacklyn Victor & Rio Febian). Persembahan artis senior ini wajar diberikan tepukan kerana berjaya membawa lagu balada yang tinggi ini sesuai usianya. Tanpa banyak cela, korus kedengaran sedikit tajam.

Yang kelima, “Naluri Cinta” (To’ki & Rohana Jalil) nyanyian Lan Kristal bersama Siti Nordiana juga layak berada di senarai lima terbaik GV4M4. Penghayatan yang sangat bagus daripada mereka berdua. Namun korus terdengar kurang jelas. Sketsa ‘penderaan’ di belakang juga sedikit sebanyak memainkan peranan.

Akhirnya, nasib tidak menyebelahi Haida apabila dia terpaksa pulang setelah hambar menyampaikan lagu “Memori Daun Pisang” (Amelina & Iwan) bersama Ezad Lazim. Tinggal sembilan peserta lagi untuk Gegar Vaganza 4 Minggu 5 yang bertemakan “Kaum Kerabat”.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE