SEARCH

Syurga #inSTAILgramworthy2018 Di Melaka

Syurga #inSTAILgramworthy2018 Di Melaka

Seni fotografi semasa percutian selalu menjadi komoditi utama di laman Internet, di mana pengguna akan memuatnaik gambar percutian mereka di laman-laman sosial utama seperti Instagram. ‘Insta-worthy’ bermaksud foto dengan makna dan nilai yang tersendiri. Foto-foto yang cukup cantik dan padan untuk dimuatnaik ke Internet. Sengaja kami wujudkan tanda pagar #inSTAILgramworthy2018 untuk trend stailish yang harus kamu ikuti.

Tidak dinafikan, lokasi-lokasi yang berpotensi untuk menjadi kawasan #inSTAILgramworthy ini selalunya akan menjadi rebutan pengunjung dan tarikan pelancong – sama ada tempatan mahupun luar negara – dan seterusnya menjana ekonomi di kawasan tersebut. Saya kira Melaka sudah lama menjadi ‘negeri #inSTAILgramworthy’ kerana sejarah, landskap dan lokasinya yang sangat istimewa.

Mudzaffar Hotel #instailgramworthy2018
Mudzaffar Hotel

 

Di era dunia tanpa sempadan ini, kuasa sekeping foto yang dimuatnaik ke laman media sosial, tidak kira berserta kapsyen ringkas mahupun yang mendalam, yang lengkap pula dengan tanda pagar atau ‘hashtag’ (#), amat mempengaruhi kedatangan pengunjung untuk melawat lokasi berkenaan. Dewasa ini, media sosial memainkan peranan penting sebagai salah satu medium dalam merancakkan industri pelancongan negara, untuk tempoh jangka masa panjang dan pendek serta masakini dan masa mendatang.

Trend berkongsi foto di laman media sosial ini terlihat membina komuniti atas talian yang mencipta satu macam interaksi yang berbahagi minat dan aktiviti sesama pengguna laman sesawang. Jika kamu merancang untuk ke Melaka hujung minggu ini dan mencari lokasi ‘hipster’, kamu tidak perlu khuatir kerana saya jamin Melaka adalah wilayah #inSTAILgramworthy yang sesuai untuk tujuan kamu itu tadi.

#instailgramworthy2018 2

Dimana-mana sahaja di Melaka, kamu boleh bergambar untuk #inSTAILgramworthy2018

Kampung Chetti #instailgramworthy2018
Kampung Chetti

Jika kamu ingin mengambil foto-foto yang bertemakan seni bina, Melaka menawarkan pelbagai jenis bangunan, baru dan lama yang boleh membikin peminat seni bina tak senang duduk melihatnya. Bangunan-bangunan tradisional banyak terdapat di Kampung Morten dan Kampung Chetti, misalnya. Bangunan tradisional yang lain seperti rumah-kedai cina di Bandar Hilir, rumah-rumah Peranakan atau yang paling utama Dataran Belanda yang memadukan seni bina kolonial dan klasik pada zaman penjajahan.

Tidak hanya dijumpai di tengah-tengah jantung bandaraya Melaka, kamu juga boleh menjumpai rumah-rumah tradisional Melayu di kawasan luar bandar Melaka, seperti Alor Gajah, Merlimau, Jasin dan banyak lagi kawasan perkampungan Melayu yang tersebar di seluruh Melaka.

Bangunan-bangunan sekitar Jalan Jonker, Tengkera dan Brisu juga memiliki seni bina yang unik dan klasik. Contohnya Masjid Tengkera, masjid tertua di Malaysia yang mempunyai senibina yang seakan-akan kuil purba. Jadi, jika kamu ke sana, jangan lupa siapkan kamera, tangkap dan muatnaik ke Instagram kerana bangunan-bangunan di Melaka memang #inSTAILgramworthy!

#instailgramworthy2018 3 malay tradisional house

#instailgramworthy2018 mural khiels

Jika kamu mahu merasa hipster, kamu boleh berjalan sambil menghirup udara segar di Sungai Melaka. Sepanjang sungai ini dihiasi dengan mural yang cantik dan berwarna. Jika kamu rajin, kamu akan jumpa lukisan dinding 3D yang terselit antara bangunan-bangunan di Jalan Jonker dan sekitar Bandar Hilir (tekan SINI untuk klu). Tidak habis di situ, terdapat juga mural warna-warni yang ditaja oleh Kiehl’s iatu ‘My Kiehl’s Heritage’ yang sangat #inSTAILgramworthy.

Rosa Malacca

Bukan itu sahaja, bagi yang hanya mahu percutian yang santai-santai, kamu boleh memilih lambakan hotel unik dengan tema-tema yang tersendiri di negeri bersejarah ini. Hotel butik seperti The Orangutan House sangat #inSTAILgramworthy. Muzaffar Hotel, hotel 6 bintang di Ayer Keroh memadukan konsep Kesultanan Melayu Melaka, tradisional dan mewah. Seterusnya, Rosa Malacca yang gah dengan seni bina industri dan hiasan dalaman yang berkonsep vintaj. Sementara bagi mereka yang mahu mengenali budaya Peranakan dengan lebih dekat, kamu boleh mendiami The Majestic Malacca di Jalan Bunga Raya atau Baba House dan Malaqa House di Heeren Street.

#instailgramworthy2018 masjid selat melaka

#instailgramworthy2018 pantai klebang

Selain itu terdapat lokasi #inSTAILgramworthy yang tidak perlukan bayaran seperti bergambar di tebing-tebing pasir di Pantai Klebang, menikmati pemandangan matahari terbenam di Masjid Selat Melaka dan melewati pasar malam di Jonker Street dari jam 7 hingga 12 malam. Atau kamu boleh makan di café-café’ stailish yang berselerakan di Melaka seperti The Daily Fix, Heesan Kopi, Calanthe Art Café dan Kaya.

Jangan lupa pada minuman yang paling terkenal dan sinonim dengan negeri Melaka iaitu Coconut Shake! Secara peribadi saya lebih suka dengan Batu Berendam Coconut Shake berbanding Klebang Coconut Shake yang sangat-sangat komersial kini. Semasa zaman kuliah di Melaka dahulu, saya masih ingat Klebang Coconut Shake ini hanyalah gerai tepi jalan sebelum ia terkenal dan membuka restorannya sendiri. Pada hemat saya, semasa ia di peringkat gerai itu jauh lebih enak berbanding yang sekarang. Lain pula halnya di Batu Berendam, rasa, tekstur dan kualiti coconut shake khas Melaka masih terjaga rapi.

batu berendam coconut shake #instailgramworthy2018

#instailgramworthy2018 pantai klebang coconut shake

Kesemua tempat-tempat di atas saya kira syurga #inSTAILgramworthy2018. Momen yang bakal ditangkapi, dekorasi dan pemandangan lampu-lampu yang bergentayangan indah untuk memori #inSTAILgramworthy kamu yang tersendiri.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE