SEARCH

Tashoora – Dengarkan Band Kerohanian Gen Baru Dari Jogjakarta

Tashoora – Dengarkan Band Kerohanian Gen Baru Dari Jogjakarta

Spotify tampilkan Tashoora sebagai ‘Artis Paparan Early Noise’ yang kedua bagi penggal pertengahan 2019. Kumpulan indie dari negara seberang ini terdiri daripada lima orang ahli kumpulan yang membawa irama baru dalam lagu-lagu yang berunsur ketuhanan.

Tashoora bukan kumpulan rohani yang biasa. Ditubuhkan pada 2016, Tashoora diilhamkan sempena nama sebatang jalan iaitu Jalan Tasura di bandar kelahiran mereka di Jogjakarta. Muzik Tashoora sering digambarkan sebagai Chamber Pop (genre sinonim dengan alunan melodi okestra) dan Indie Rock.

Tashoora melihat muzik sebagai satu pencetus bicara dan tidak bimbang untuk meluahkan pandangan mereka terhadap masyarakat menerusi muzik dan lirik mereka.

Tashoora terdiri daripada Danang Joejodarmo selaku pemain gitar utama serta vokal, Dita Permatas selaku pemain akordian, papan nada serta vokal, Gusti Arirang selaku pemain bass juga vokal, Sasi Kirono sebagai pemain gitar elektrik dan akhir sekali Mahesa Santoso yang menetapkan tempo lagu dengan bermain dram.

Walaupun masih baru di dalam industri, kumpulan berkenaan pernah membuat persembahan di beberapa festival muzik terkenal di Indonesia seperti Jawa Jazz dan Soundstations.

Bersedialah untuk menikmati irama baru di dalam industri muzik susulan pelancaran single pertama mereka; Hitam. Tashoora juga melancarkan EP berjudul ‘Ruang’ pada Disember lalu. Dengarkan Spotify Early Noise 2019: Tashoora.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE