SEARCH

TAYANGAN PERDANA INTERCHANGE DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TORONTO 2016

TAYANGAN PERDANA INTERCHANGE DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TORONTO 2016

get

Baru sahaja ditayangkan di Festival Filem Locarno, Switzerland pada 5 Ogos lepas, filem terbaru arahan pengarah tersohor, Dain Iskandar Said, Interchange bakal ditayangkan secara eksklusif di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-41 (TIFF41) pula.

Menurut penerbit, Nandita Solomon, filem ini menangkap perhatian wakil TIFF ketika ditayangkan di Festival Filem Cannes pada Mei lalu. Selepas tayangan perdana di Switzerland pula, ia mendapat banyak jemputan untuk ditayangkan di festival filem serata dunia.

Interchange adalah filem bertema jenayah-noir-fantasi yang mengisahkan seorang penyiasat, Detektif Man (Shaheizy Sam) menyiasat beberapa siri pembunuhan yang melibatkan ritual yang kejam. Semasa penyiasatan itu, dia bertemu Adam (Iedil Putra), seorang jurufoto jenayah. Dari trailer rasmi Interchange pula, watak Nicholas Saputra digambarkan sebagai manusia hibrid yang boleh menjelma menjadi seekor burung.

.BELIAN (Nicholas Saputra) on the run

Penggambaran dilakukan sepenuhnya di Lembah Klang, antaranya sekitar Bukit Bintang dan Chowkit pada bulan Mac dan April tahun lepas. Interchange hanya mengambil masa selama 36 hari untuk diarahkan tetapi proses suntingan dan proses-proses produksi mengambil masa sedikit lama kerana melibatkan proses kesan khas yang rumit.

“Kami bekerjasama dengan empat buah syarikat kesan khas yang khusus : tiga dari Malaysia – Mira Digital, Studio Voxel dan Imagica Sea dan syarikat dari Filipina, Tre14 Asia. Terdapat banyak watak-watak hibrid yang perlukan kesan khas untuk filem ini,” jelas Nandita.

Filem kerjasama antara Malaysia dan Indonesia ini satu-satunya filem Asia yang tersenarai dalam barisan utama tayangan TIFF41 tahun ini. TIFF41 yang dijadualkan berlangsung dari 8 hingga 18 September ini juga bakal menayangkan ‘Nocturnal Animals’, filem kedua arahan Tom Ford dan sebuah dokumentari perubahan iklim berjudul ‘Turning Point’ , dokumentari pertama arahan Leonardo DiCaprio.

Interchange bakal ditayangkan secara rasmi di Malaysia pada 1 Disember 2016.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE