SEARCH

Perpisahan #TayTom: Siapa Yang Mengguna Siapa?

Perpisahan #TayTom: Siapa Yang Mengguna Siapa?

intro-pic

Tanggal 15 Jun, dunia hiburan Hollywood memberi kita sebuah hadiah, hadiah berupa “pasangan berambut Blonde paling hangat” di Hollywood. Penyatuan tak rasmi antara penulis lirik, penyanyi dan superstar, Taylor Swift dengan seorang adiwira watak jahat yang disukai semua, Tom Hiddleston.

Hubungan mengejut mereka ini melopongkan banyak mulut. Antaranya bekas-bekas kekasih, peminat dan tidak lupa juga barisan pembenci (haters). Penyatuan antara puteri nyanyian dengan putera lakonan Hollywood, mana mungkin tak buat orang penasaran, bukan?

Namun, lama-kelamaan pemerhati Hollywood melihat kisah cinta mereka berdua seperti ‘sebuah sandiwara cinta’. Seperti yang tertulis dalam kisah-kisah cinta dunia fantasi Disney yang selalu kita tonton waktu dulu-dulu. Terlampau sempurna, kisah percintaan Taylor dan Tom sangat mencuriga.

Pasalnya, mereka berdua seperti mengejar publisiti. Bermula ketika percutian musim panas di Itali, terdapat terlalu banyak aksi intim dan ciuman antara mereka berdua. Paparazi pun tak perlu susah-susah menyelinap seperti kebiasaan.

Mereka kelihatan seperti ‘berlakon’. Pura-pura tidak melihat paparazi dan cahaya kamera yang lalu berkilat-kilat di hadapan mereka. Tidak seperti bintang Hollywood gred A yang lain. Yang bersusah payah merahsiakan percutian mereka dan tidak memberi tahu umum destinasi percutian mereka di laman sosial.

Taylor dan Tom juga kelihatan memakan sarapan di restoran konsep taman yang terbuka. Sengaja memancing sudut gambar yang lebih cantik untuk dirakam paparazi. Paling sangsi, percutian mereka di Rhode Island (Tom memakai “I heart T.S.” ) yang membuat peminat menjerit-jerit gembira melihat penyatuan rasmi dua nama besar Hollywood ini seakan bakal menjadi realiti.

“Usahasama” mereka ini ternyata berjaya menggegar Hollywood. Tom yang tidak seberapa digilai peminat wanita sebelum ini (terakhir peranan besar yang dipegang Tom empat tahun lalu sebagai Loki, The Avengers 2012) mendapat tempias yang cukup lumayan.

Pengikut Tom di Twitter naik mencanak dari hanya 2.8 juta ke 3.8 juta. Instagram Tom yang ‘kebetulan’ dibuat bagi meraikan ‘percintaan’ mereka ini juga mencapai 1.1 juta pengikut dalam hanya satu minggu! (hanya 5 keping gambar). Terbaru, ura-ura mengkhabarkan Tom bakal memegang watak utama sebagai James Bond. Yup you heard me. James Bond.

Taylor juga tak lepas dari untung. Walaupun insiden pergaduhan “Famous”  dengan pasangan selebriti sensasi, Kanye West dan Kim Kardashian tidak memihak kepada Taylor, tetapi jumlah pengikut dan peminat Taylor tetap berkembang pesat.

Sejak ‘insiden famous’ ini (Julai) dan terbaru ‘Penyatuan’ (September), jumlah pengikut Instagram Taylor meningkat 3 kali ganda dari 69.2 juta kepada 90.6 juta pengikut! Nampaknya Taylor sudah boleh isytihar negara sendiri dengan jumlah pengikut seramai ini, bukan?

Di samping marketing strategy yang sangat mudah, Taylor juga berhasil mendapat idea baru bagi mencipta lagu baru dari dua plot drama tanpa skrip, ‘insiden famous‘ dan ‘perpisahan agung’ ini untuk album terbaru yang bakal menyusul kelak. What a smart girl we got here.

Akhirnya, pada tanggal 6 September, ‘pasangan yang turun dari syurga berambut perang’ ini secara rasmi mengumumkan perpisahan mereka. Alasannya, Tom mahu membawa kisah percintaan mereka lebih publisiti dan publik, sedang Taylor tidak bersetuju dengan cadangan Tom. Ermmm… Ok.

Jadi, persoalannya di sini. Siapa yang mengguna siapa? Dan siapa yang diguna? Ya, bukan Taylor mahupun Tom, hanya kamu dan kamu sahaja.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE