SEARCH

Ariana Grande Memecah Internet Dengan ‘Thank U, Next’!

Ariana Grande Memecah Internet Dengan ‘Thank U, Next’!

Ariana Grande melepaskan muzik video untuk Thank U, Next sehingga memecah rekod Youtube dalam hanya satu malam. Tidak hairan ia berjaya menduduki carta pertama rekod 24 jam Youtube kerana ‘Thank U, Next’ sarat dengan babak-babak sensasi daripada filem-filem remaja popular awal 2000 seperti “Bring It On” (2000), “Legally Blonde” (2001), “13 going 30” (2004) dan “Mean Girls” (2004).

Bring It On - Thank U Next - Ariana Grande
Bring It On (2000)

 

‘Thank U, Next’ mengutip jumlah tontonan tertinggi sebanyak 50.3 juta tontonan (Sabtu, 1 Disember) pada malam tayangan perdana mengalahkan rekod “Idol” oleh kumpulan k-pop, BTS yang sebelum ini berjaya mengutip 45.5 juta tontonan pada Ogos lalu.

Setakat artikel ini ditulis, ‘Thank U Next’ sudah pun mencecah 80.3 juta tontonan. Tambahan lagi, ‘Thank U, Next’ juga memecah rekod dengan jumlah kutipan komentar terpantas dengan rekod 516,000 komentar daripada peminat dalam satu malam, menurut Youtube.

13 going 30 - Thank U, Next - Ariana Grande
13 going 30 (2004)

 

“One taught me love,

One taught me patience,

And one taught me pain”

– Ariana Grande (2018)

Muzik video ini bukan sahaja dipenuhi dengan rujukan-rujukan babak terkenal daripada filem-filem budaya pop remaja tersebut, malah turut sarat dengan penampilan kameo pelakon-pelakon ‘Mean Girls’ yang asal seperti Jonathan Bennett dan Stefanie Drummod serta Kris Jenner yang tampil sebagai the legendary ibu kepada Regina George yang sporting.

Yang paling saya suka babak lakon semula semasa sesi rias kuku bersama Jennifer Coolidge dari ‘Legally Blonde’ yang masih lucu. Troye Sivan, Tayla Parx dan Victoria Monét antara rakan artis yang turut membuat penampilan bersampingan youtubestar dan instafamousCollen Ballinger dan Gabi Demartino.

Legally Blonde - Thank U, Next - Ariana Grande
Legally Blonde (2001)

 

Sementara itu pada 29 November lalu, Ariana turut memuat-naik dokumentari pendek empat episod bertajuk “Ariana Grande: Dangerous Woman Diaries” di saluran laman Youtube rasminya. Dokumentari ini mengikuti perjalanan Ariana semasa jelajah muzik 2017 dan memaparkan sedutan-sedutan eksklusif sepanjang dia menyiapkan album terbaru, “Sweetener” (2018).

Mean Girls- Thank U, Next - Ariana Grande
Mean Girls (2004)
Berikut adalah 10 lagu yang memegang rekod tontonan terbanyak dalam hanya 24 jam sebelum Thank U, Next nyanyian Ariana Grande, menurut Youtube:
  1. Idol – BTS (45.9 juta)
  2. Look What You Made Me Do – Taylor Swift (43.2 juta)
  3. Killshot – Eminem (38.1 juta)
  4. Ddu-Du Ddu-Dua – Black Pink (36.2 juta)
  5. Gentlemen – Psy (36 juta)
  6. Fake Love – BTS (35.9 juta)
  7. Yes or Yes – Twice (31.4 juta)
  8. X Equis – Nicky Jam & J. Balvin (29.7 juta)
  9. Sad – XXXTentacion (27.7 juta)
  10. Hello – Adel (26.3 juta)

View this post on Instagram

#thankunext 😂 link in bio @arianagrande

A post shared by Kris Jenner (@krisjenner) on

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE