SEARCH

The Frames of Two Cultures: Bingkai 2 Budaya Malaysia

The Frames of Two Cultures: Bingkai 2 Budaya Malaysia

The Frames of Two Cultures menampilkan karya seni daripada dua artisan muda, Husin Othman dan Ng Kok Leong, mempersembahkan seni visual harmoni antara dua budaya dan bangsa yang pelbagai di Malaysia.

Kedua-dua artis membawa pembawaan dan teknik yang berlainan pada repertoir seni masing-masing. Dengan konsep yang seakan sama, mereka kerap mengenangkan memori membesar zaman kanak-kanak dan remaja di perkampungan sekitar Perak.

Cerminan nostalgia yang merangkumi gambaran tenteram pada awal kemerdekaan Malaysia, seni-seni yang dipamer memperlihatkan pembangunan dan kemajuan negara dalam satu dokumentari naratif tentang kasih dan sayang terhadap Malaysia.

Sejernih kejujuran hati anak kampung di hati, Husin Othman berkongsi imbasan hobi dan permainan zaman dahulukala yang kian hampir kepupusan. Sebelumnya, dia pernah tampil dengan karya seni yang bertajuk ‘Random Access Memory’, Husin Othman kini turut menghasilkan komposisi kontemporari yang menceriakan hati dalam makna hasil seninya.

Ng Kok Leong pula mempertaruhkan kesan tekstur yang bersifat separa abstrak. Dia yang datang dari latar belakang penerbitan filem, melukis dalam teknik yang samar bagi menonjolkan kesan misteri dan surealis ketika dia menyelami masa lampau, masa kini dan masa hadapan ke dalam satu hamparan kanvas.

The Frames of Two Cultures by STAIL.MY 1
‘My Old Hometown’ – Ng Kok Leong (2017)

 

‘The Frames of Two Cultures’ mengisahkan tentang cita-cita, harapan dan kesaksamaan dalam rangkuman budaya kaum Melayu dan Cina. Keberagaman kaum yang terjalin di Malaysia, sebenarnya tidaklah membezakan jauh kedua-dua budaya ini dengan ketara.

Husin Othman dan Ng Kok Leong juga pernah memenangi gelaran “Most Promising Artist – UOB Painting of the Year”, masing-masing pada 2014 dan 2016. Sesuatu yang mengghairahkan melihat sumbangan seni kontemporari masa kini oleh kedua pelukis ini yang bergabung dan beraksi dalam satu pameran seni.

The Frames of Two Cultures
18 Mac 2018
coredesigngallery.com

 

The Frames of Two Cultures by STAIL.MY 2
‘Lihat Apa Yang Kena’ – Husin Othman (2018)

 

The Frames of Two Cultures by STAIL.MY 3
‘A Forgotten Giant’ – Ng Kok Leong (2017)

 

The Frames of Two Cultures by STAIL.MY 4
‘My Childhood Perspective’ – Ng Kok Leong (2017)
Semua lukisan adalah hakmilik pameran The Frames of Two Cultures

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE