SEARCH

#STAILEKSKLUSIF 10 Soalan Bersama The Neighbourhood Di Backstage #GVF2018

#STAILEKSKLUSIF 10 Soalan Bersama The Neighbourhood Di Backstage #GVF2018

The Neighbourhood at Good Vibes Festival 2018 live in Malaysia by STAIL.MY 1

 

Saya dan dua media yang lain menunggu di ruang media belakang pentas Good Vibes Festival 2018 (#GVF2018) dengan sabar. Tak sampai lima minit menunggu, daun pintu pun terkuak dan masuk pula lima pemuda kulit putih, masing-masing dengan senyuman lebar melekat di pipi. Mereka adalah The Neighbourhood, kumpulan muzik yang menutup tirai malam pertama #GVF2018.

Kugiran asal California, US ini ditubuhkan pada 2011, dianggotai oleh vokalis Jesse Rutherford, Jeremy Freedman dan Zach Abeks selaku gitaris, pemain bass Mikey Margott dan pemain drum oleh Alexander Fried. Selepas melepaskan dua EP yang bertajuk “I’m Sorry” dan “Thank You”, The Neighbourhood mengeluarkan album penuh pertama bertajuk “I Love You” pada 2013, “Wipe Out!” (2015) dan “The Neighbourhood” tahun ini.

 

 

Kali pertama saya mendengar lagu mereka yang bertajuk “Sweater Weather”, saya sudah jatuh cinta. The Neighbourhood (atau kadangkala dikenali sebagai The NBHD) membawa campursari antara dark pop, R&B dan alternative rock. Memanglah muzik mereka lain daripada yang lain apabila ketiga-tiga genre ini bersatu, kedengaran segar dan harmoni sekali.

Tidak seperti band-band yang lain, mereka bermain muzik tidak patuh dan tak terkesan dengan kehendak komersial dan itu yang membuat saya gemar dengan kumpulan yang bergelar The Neigbourhood ini.

Mendengar khabaran yang mereka bakal menutup malam pertama #GVF2018, membuat saya melakukan persiapan dan proposal seawal tahun ini (sebaik sahaja barisan persembahan #GVF018 diumumkan) bagi mendapatkan slot menemuramah mereka. Hanya tiga wakil media yang diterima. Nah, persembahkan 10 soalan santai bersama The Neighbourhood, di belakang pentas #GVF2018 baru-baru ini secara eksklusif untuk kamu:

 

 

1 –  Lagu paling bermakna yang pernah dihasilkan oleh The Neighbourhood?

Daddy Issues.

 

2 – Inpirasi terbesar ketika menulis lagu?

Terkala perkara pasti akan berlaku, baik yang tidak kita ingini atau yang berlaku spontan. Jika suatu perkara itu penting dan sedang berlaku dalam kehidupan, kami pasti akan mengubahnya menjadi lagu.

 

3 – Jika kamu bukan pemuzik, apa yang kamu akan lakukan?

Mungkin akan menjadi pereka grafik atau ilustrator. Menconteng dinding-dinding di California atau membikin baju. Mungkin juga menceburi sukan lasak seperti pemain papan selaju profesional.

 

4 – Inspirasi di sebalik album terbaru kamu, “The Neighbourhood” (2018)?

Semangat persahabatan. Mungkin kerana kami selalu membuat banyak perkara bersama. Kami memberi inspirasi sesama sendiri. Jujurnya itu sahaja alasan kenapa kami menamakan album ini “The Neighbourhood” kerana ia melambangkan kami.

 

The Neighbourhood at Good Vibes Festival 2018 live in Malaysia by STAIL.MY 2

 

5 – Jika kamu boleh berkolaborasi bersama artis lain (sama ada yang masih hidup atau pun mati), siapa? Dan kenapa?

Kanye West. He’s cool.

Dia boleh bekerja dengan sesiapa pun. Dia adalah seorang artis dan penerbit yang amazinggg.

 

6 – Satu perkara tentang The Neighbourhood yang tidak pernah diketahui oleh semua?

Malangnya kami sudah memberitahu segalanya tentang The Neighbourood kepada semua peminat. Sepatutnya kami patut simpan sedikit privasi kami (ketawa).

Kami semua membesar bersama, bermain muzik bersama di sebuah “kejiranan” yang sama. Ya kerana itu kami menamakan kumpulan ini  sebagai “The Neighbourhood”.

 

7 – Jika diberi pilihan menukar diri kamu menjadi orang lain, pelakon Hollywood yang manakah kamu ingin merasa kehidupannya dalam sehari?

Leonardo DiCaprio (ketawa).

Hanya untuk merasa bagaimana rasanya menjadi seorang yang kacak dan menjalani kehidupannya di belakang kamera. Saya pasti ia menarik.

Atau pun Bruce Jenner atau ‘Caitlyn’ Jenner just for fun (ketawa).

 

 

8 – Bagaimana rasanya membuat persembahan pertama kali di Malaysia?

So far so cool.

Saya suka persekitaran hijaun sebegini dijadikan tapak festival muzik. Setiap kembara muzik The Neighbourhood, kami akan bertemu sesuatu yang baru dan di sini kami menemuinya. Tidak sangka Malaysia memilki sebuah bandar besar di tengah-tengah hutan belantara. Mengagumkan. Tentu sekali akan masuk dalam “senarai memori” pilihan kami.

9 – Berada di Malaysia, apakah perkara yang paling menangkap perhatian kamu?

Pasar malam di Jalan Alor. Suasana dan makanan di situ tidak ada di Amerika Syarikat. Kami juga berkunjung ke Pavilion KL dan kami merasa seperti di New York. Pusat membeli-belah yang agak ekstrim setakat ini. Saiz, rekabentuk, jenama yang terjual di sini, seperti kamu berjalan di Eropah.

Tidak lupa juga, flora dan fauna yang terdapat di Malaysia. Seperti yang dibilang sebelum ini, kami tidak menyangka terdapat bandar di tengah-tengah hutan dan gunung. It really blow our  mind.

10 – Good Vibes Festival 2018 dalam tiga patah perkataan

Super Sick Vibe!

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE