SEARCH

Tiara Jacquelina Membawa #OlaBola Ke Muzikal Istana Budaya

Tiara Jacquelina Membawa #OlaBola Ke Muzikal Istana Budaya

Tiara Jacquelina mengarahkan pementasan teater muzikal buat julung kali bertajuk “OlaBola The Musical” yang bakal dipentaskan di Istana Budaya dari 22 Februari hingga 22 Mac 2018, tahun hadapan.

Susulan kejayaan ‘Puteri Gunung Ledang’, ‘P.Ramlee The Musical’ dan ‘MUD: The Story of Kuala Lumpur’ yang lalu, ‘OlaBola The Musical’ akan menjadi titik penting bagi Kumpulan Enfiniti dan pengasasnya, Tiara Jacquelina yang pertama kali berperanan sebagai sang sutradara.

“Sekalung pujian kepada Chiu Keng Guan yang membentuk cerita indah ini ke layar perak. Dia sangat teliti menggambarkan semula bagaimana negara ini berhimpun dan bersatu di belakang pasukan Harimau Malaya.

Didorong oleh semangat filem ini, saya melihat peluang untuk membawa OlaBola ke pentas hidup untuk negara kita merasai semula dan mengalami pengalaman kisah Malaysia ini yang begitu mengispirasikan,” ujar Tiara Jacquelina lagi.

INTRO PIC

Mesej yang dibawa filem OlaBola ini harus dikongsi lagi dan lagi untuk memberi inspirasi pada sekalian rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda. ‘OlaBola The Musical’ pasti mengasyikkan penonton dengan penciptaan semula detik-detik hangat perlawanan akhir OlaBola berserta suasana gempita stadium yang penuh 50,000 orang dari filem ke atas pentas.

‘OlaBola The Musical’ juga mendapat sentuhan pengarah muzik terkenal, Saiful Ridzuan dan pereka set yang mendunia, Raja Malek. Astro sebagai rakan media rasmi dengan hakcipta (IP) dilesenkan oleh barisan penerbit eksekutif OlaBola, AstroShaw, Golden Screen Cinemas dan Multimedia Entertainment bagi adaptasi muzikal.

Tiket awal OlaBola The Musical ditawarkan pada harga istimewa yang hanya bernilai RM120 untuk tiket-tiket yang bernilai antara RM250-RM300. Promosi berlangsung selama 3 bulan bermula 25 Mei 2017. Layari laman web www.olabolamusical.com untuk maklumat lanjut dan butiran terkini mengenai tiket.

GAMBAR DALAM 1

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE