SEARCH

Ella Unplugged: Konsert 3 Dekad Ella DI Istana Budaya

Ella Unplugged: Konsert 3 Dekad Ella DI Istana Budaya

Pesona 3 Malam Ella Unplugged in KL

Siapa yang tidak mengenal sosok bergelar Ratu Rock Negara yang satu ini? Pabila menyebut sahaja nama Ella, penggemar muzik tempatan sudah dapat membayangkan sosok wanita yang mengusung genre rock dengan attitude yang tiada pada penyanyi lain. Sebab itu Ella – yang masih aktif sejak 1985 – masih diagung sebagai Ratu Rock Negara.

Belum pernah mahu berhenti memberi hiburan buat peminat, penyanyi wanita versatil ini hadir dengan buah tangan baharu. Ia merai tiga dekad Ella berkecimpung di dalam industri muzik tanah air, PROJEK ELLA dengan kerjasama MOTAC bakal melangsungkan konsert khas, Ella Unplugged In KL selama 3 malam berturut-turut, bermula 29, 30 dan 31 Mac 2019 di Istana Budaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by STAIL.MY (@stail.my) on

#EllaUnplugged: Konsert Akustik + Asli + Amal

Sebuah konsert! Dan ia bukan sekadar konsert biasa. Sebagai penyanyi yang lebih dua dekad bersemayam di dalam industri muzik, konsert bukan sesuatu yang asing buat Ella.

Namun buat pertama kali, Ella tampil dengan konsep konsert akustik. Ia adalah konsep segar yang pertama kali dibawakan oleh Ella.

Bayangkan hits seperti ‘Sembilu’, ‘Pengemis Cinta’, ‘Rama – Rama’, ‘Dua Insan Bercinta’, ‘Simbiosis’ dan the legendary ‘Standing In The Eyes of The World’ dialunkan dalam bunyi-bunyian akustik. Bayangkan sahaja ia ditemani suara Ella yang lunak, bergema ke seluruh panggung Istana Budaya.

Ella bakal mendendangkan lagu-lagu asli di Ella Unplugged Live in KL

Paling istimewa, bagi memberi sentuhan kelainan, Ella akan tampil dengan segmen khas yang memperlihatkan dia mempersembahkan seleksi lagi-lagu irama Malaysia dan asli. Ya kamu dengar saya, Ratu Rock Negara akan menyanyi lagu-lagu asli. How cool is that?

“Kemungkinan saya akan sampaikan lagu seperti ‘Tidak Seindah Wajah’ nyanyian asal Allahyarham Tan Sri SM Salim. Saya juga akan ‘aslikan’ mana-mana lagu asal saya yang belum saya putuskan, tunggu konsert nanti,” tawa Ella di sidang Media yang berlangsung di Mini Auditorium, MATic, Jalan Ampang.

Adalah sesuatu yang membanggakan dan unik apabila penyanyi yang terkenal dengan genre rock ini mengangkat elemen seni budaya dan warisan negara. Konsep persembahan sebegini membuktikan muzik itu sejagat.”

– Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia

Tambah Ella, #EllaUnplugged akan dibawakan secara santai-santai sahaja seperti menyanyi bersama keluarga. Sesi intim bersama penyanyi yang sudah lama tidak beraksi ini akan berlangsung selama 1 jam 30 minit dan Ella akan menyampaikan kira-kira 20 seleksi lagu popular terpilih sepanjang karier seninya.

#EllaUnplugged turut mendapat sokongan dan kerjasama ASWARA, JKKN dan Istana Budaya bagi menjayakan dan memeriahkan lagi konsert berskala besar ini. Paling istimewa, sebahagian hasil kutipan tiket akan disumbangkan kepada Yayasan Autism Malaysia (YAM). Sambil kamu berhibur, sambil beramal dengan membeli tiket di www.proticket.com

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE