SEARCH

Airliftz & Golden Mammoth Kongsi Pentas di ‘Journey To The South’

Airliftz & Golden Mammoth Kongsi Pentas di ‘Journey To The South’

Airliftz di 'Journey To The South'Dalam semangat meraikan muzik tempatan dan serantau, kedai rekod dan muzik, Sifters Asia menganjurkan Journey To The South yang bakal berlangsung pada 21 Ogos 2019 di The Gasket Alley, Petaling Jaya.

Menampilkan pemuzik-pemuzik elektrik, barisan artis yang terlibat termasuklah kumpulan indie dari Indonesia, Reality Club sebagai penyerlah utama, di samping barisan artis dan kumpulan muzik tempatan seperti penyanyi rap eksentrik, Airliftz dan juga neo-psychedelic rockers, Golden Mammoth.

Disokong oleh The Gasket Alley, gig ‘Kembara ke Selatan’ ini meraikan ketiga-tiga pemuzik ini sebelum mereka memulakan debut penampilan mereka di festival muzik di Singapura pada minggu berikutnya. Ia boleh dikatakan sebagai satu penanda aras besar bagi penggiat muzik serantau.

Paduan dari muzik dan suara indie yang mempersona oleh penyanyi wanita utama dari band Reality Club, memainkan lagu-lagu mereka yang mengkhayalkan seperti ‘Is It The Answer’ dan ‘Elastic Hearts’.

Kamu juga boleh melayan rap Airliftz yang tight dan soulful seperti ‘SEA Gyal’ dan ‘Call Me When It’s Over’ dan lagu-lagu Golden Mammoth yang punya retro grooves seperti ‘Malicious Judicious’ dan ‘You Make Me’.

Golden Mammoth 'Journey To The South'
Golden Mammoth
100 pembeli tiket pertama juga berpeluang untuk sesi meet & greet bersama artis-artis yang membuat persembahan di Journey To The South ini.
Reality Club Kongsi Pentas di 'Journey To The South'
Reality Club

 

Journey To The South bakal mengambil tempat di Alleyway, The Gasket Alley di Lot 15, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor pada jam 8 malam.

Harga tiket bermula dari RM30 (early bird) dan RM40 (pra-jualan) dan RM50 (pintu). Tiket boleh dibeli secara atas talian dua  siftersasia-journeytothesouth.peatix.com

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE