SEARCH

Konsert M Nasir 2019 – Nantikan Kejutan 40 Tahun M. Nasir!

Konsert M Nasir 2019 – Nantikan Kejutan 40 Tahun M. Nasir!

Melayari bahtera seni, bukanlah suatu yang mudah. Lagi-lagi jika perjuangan seni kamu itu sudah mencapai 40 tahun lamanya. Itulah yang sudah dicapai penyanyi, pelakon, pengarah dan genius lirik, Dato’ M. Nasir. Bagi merayakan keberadaanya dalam industri seni Malaysia, Dato’ M. Nasir mengumumkan Konsert M Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan.

Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 23 November 2019, Sabtu jam 8.30 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, menyaksikan komposer berusia 62 tahun itu bakal mempersembahkan lagu-lagu malar hijau, sejak kemunculan pertama dia pada 1979 sehingga sekarang.

Dengan kerjaya yang merangkumi 40 tahun, M. Nasir yang mesra dengan panggilan ‘Sifu’ ini bakal muncul dengan lebih intim dan peribadi, merapati semua pendengar dan peminat tanpa mengira golongan usia di Malaysia dan serantau.

Konsert dengan durasi dua setengah jam itu tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya kerana dia akan mempamerkan repertoir dari album pertamanya hinggalah barisan lagu-lagu ‘berhantu’ seperti ‘Mentera Semerah Padi’, ‘Keroncong Untuk Ana’, ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’ dan banyak lagi.

Akan ada satu sesi di mana saya akan cuba menyanyikan beberapa lagu yang saya ciptakan untuk penyanyi lain, yang mungkin orang tidak tahu itu adalah lagu yang saya tuliskan” – Dato’ M. Nasir

Istimewanya, Konsert M Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan juga memberi 1001 kelainan apabila Dato’ M. Nasir akan turut mendendangkan lagu-lagu yang pernah dihasilkannya untuk penyanyi solo dan kumpulan terkenal tanah air.

Konsert ini bakal menyaksikan cara dan gaya Dato ‘M. Nasir meraikan sokongan besar dari para peminat setianya selama 40 tahun berkenaan. Ia menjadi malam untuk diingati di mana dia bakal diiringi dengan kugiran lamanya “The Gong” yang akan menampilkan 14 pemuzik senior handalan.

Terdapat juga segmen kejutan LAIN yang bakal dipersembahkan di Konsert M Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan ini nanti

Dapatkan tiket #KonsertMNasirSatuHikayat sedari harga RM 860 (Ramah Mesra), RM460 (Permata), RM360 (Platinum), RM260 (Emas) RM200 (Perak) dan RM160 (Gangsa) di www.myticket.asia

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE