SEARCH

Sawadee Ka! 9 Artis THAI POP 2019 Yang Harus Kamu Kenali

Sawadee Ka! 9 Artis THAI POP 2019 Yang Harus Kamu Kenali

Konsert THAI POP 2019 pertama dianjurkan di Malaysia

Bersedialah untuk merasai kehangatan konsert pertama bintang-bintang dari negara gajah putih – THAI POP 2019 anjuran dimsum. Konsert yang meraikan ulangtahun ketiga aplikasi penstriman filem Asia atas talian ini bakal berlangsung pada 10 November 2019 di Pusat Konvensyen IDEAL, Shah Alam.

Barisan artis Thailand yang akan menjayakan konsert ini terdiri daripada Sunny Suwanmethanont, Tor Thanapob Leeratanakachorn, Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut dari kumpulan 9BY9.

DIMSUM THAI POP 2019
BROTHER OF THE YEAR (2018)

Sorotan utama tentulah Sunny Suwanmethanont

Sedikit pengenalan, Sunny ialah bintang lelaki yang terkenal di Thailand. Dia terkenal dengan wataknya dalam ‘Dear Dakanda’, di mana dia turut memenangi Anugerah Pelakon Terbaik menerusi filem itu. Walaubagaimana pun, peminat di Malaysia khususnya mengenali pelakon lelaki ini menerusi filem ‘Brother of the Year’. Filem-filem terkenalnya yang lain seperti ‘Thank You… Love You’ dan ‘Heart Attack’. Sunny digandingkan semula dengan Mai Davika dalam drama percintaan terbaru, ‘My Ambulance’.

9BY9 pula adalah Thai boyband yang dianggotai oleh sembilan (9) anak muda Thai. Ditubuhkan pada 2018, 9BY9 turut terkenal menerusi drama lakonan bersama, ‘In Family We Trust’. Empat (4) daripada ahli kumpulan akan menyertai konsert ini; Tor Thanapob Leeratanakachorn, Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasu.

Manakala bintang lain yang turut bakal memeriahkan THAI POP 2019 seperti Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong dan Thanaerng Kanyawee Songmuang. Sky, Bilkin dan Thanaerng ialah tiga bintang yang turut berlakon dalam drama ‘My Ambulance’ bersama Sunny. Akhir sekali, penyanyi dan pelakon drama terkenal, Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat akan ikut bersama memeriahkan THAI POP 2019.

Pearwah Nichaphat & Ice turut menyanyikan lagu tema ‘My Ambulance’

Tiket pra-jualan dan VVIP akan dibuka kepada pelanggan aktif dimsum bermula 17 September 2019 (12PM). Jualan tiket umum pula akan dibuka kepada orang ramai pada 19 September 2019 (12PM). Harga tiket bermula dari: RM199 (PS3), RM299 (PS2), RM359 (PS1) dan RM599 (VIP).

Pembeli tiket VIP berpeluang menyertai sesi ramah mesra, mengambil gambar berkumpulan, sesi belakang pentas dan berhak mendapat poster lengkap tandatangan. Tiket boleh dibeli secara atas talian di TicketCharge. Untuk maklumat lanjut, layari www.dimsum.asia

THAI POP 2019 dibawakan oleh dimsum

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE