SEARCH

TULUS Sewindu Tour, Konsert TULUS Kedua di Malaysia

TULUS Sewindu Tour, Konsert TULUS Kedua di Malaysia

Penyanyi versatil merangkap penulis lagu, TULUS akan mengadakan konsert buat kali kedua, di Kuala Lumpur, TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR 2019 pada hari Sabtu, jam 8.30 malam, tanggal 3 Ogos 2019 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sekali lagi dibawakan oleh Shiraz Projcts (Sdn Bhd) bersama rumah rakaman TULUS sendiri, TULUSCompany – TULUS kembali merayakan keberadaan lapan tahun dirinya dalam industri seni suara. Sewindu membawa maksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia dan konsert dengan durasi dua jam ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya.

Mengimbau memori, TULUS akan mempersembahkan barisan lagu dari single terbaru hinggalah kepada lagu-lagu hits melalui album-albumnya termasuk ‘Gajah’, ‘Pamit’ ‘Sewindu’, ‘Monokrom‘ dan banyak lagi.

Selepas konsert pertamanya laku keras dan ‘SOLD OUT’ di Istana Budaya tahun lalu, konsert ini bukan sahaja perayaan ulangtahun kelapan TULUS dalam industri, tetapi juga bagi menghargai sokongan amat besar yang diperolehinya daripada ribuan peminat setia, baik di Malaysia atau di sekitar rantau Asia Tenggara, khususnya Indonesia.

Konsert yang dinanti-nantikan ini akan menjadi malam untuk diingati dengan iringan 21 pemuzik yang selama ini menyokong TULUS.

Tiket berharga RM860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold), RM200 (Silver) dan RM160 (Bronze). Tiket konsert sudah mula dijual sejak 28 Mei 2019 lalu di www.myticket.asia/TULUSewinduTourKL2019

TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR adalah konsert satu malam sahaja dan dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd bersama TULUSCompany.

Tiket Tulus Sewindu Tour - Kuala Lumpur, Konsert Tulus Kedua di Malaysia 1

TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR

Tarikh:  3 Ogos 2019
Masa:    8.30pm
Venue:   Plenary Hall, KLCC
Hotline: 012 256 0082
Hashtag: #TulusSewinduTourKL

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE