SEARCH

Semua Yang Ada Di Urbanscapes 2018 Selain Khalid

Semua Yang Ada Di Urbanscapes 2018 Selain Khalid

Urbanscapes 2018 kembali dengan tema #REIMAGINEKL – festival muzik dan pesta seni kreatif terbesar di Malaysia yang berlangsung selama tiga minggu di seluruh bandaraya Kuala Lumpur, bermula 3 hingga 18 November 2018.

#REIMAGINEKL selari dengan asas Urbanscapes iaitu menginspirasikan pembangunan komuniti, budaya dan watak warga kota. Festival seni paling lama di Kuala Lumpur ini mahu pengunjung menikmati kepelbagaian dalam acara yang berasaskan kesenian, idea dan muzik yang bersendikan Kuala Lumpur.

Sama ada ia diadakan di dalam bangunan-bangunan warisan atau ruang-ruang siar awam yang dibangunkan semula, semua aktiviti ini pasti mencetuskan interaksi dan perbualan serta membangkitkan penglibatan dari Medan Pasar hingga ke Petaling Street.

Urbanscapes 2018 by STAIL.MY 1

Adrian Yap, pengasas dan pengarah festival Urbanscapes berkata, festival ini mahu menggalakkan warga kota untuk membayangkan semula, mendekatkan diri dan menyayangi Kuala Lumpur.

“Anggaplah Urbanscapes 2018 sebagai acara khas Kuala Lumpur yang mengumpulkan semua penggiat serta kolektif kreatif dari bidang seni, rekaan dan muzik bagi mendekatkan diri mereka dengan pengunjung festival yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat Malaysia,” ucapnya.

Urbanscapes tahun ini lebih terbuka dan lebih mudah dikunjungi berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana ia menggunakan lebih banyak ruang awam di Kuala Lumpur seperti Stadium Chin Woo, Medan Pasar dan Urbanscapes House di yang terletak di 2, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur.

Urbanscapes 2018 juga mendapat kerjasama U Mobile untuk tahun kedua.

 

Urbanscapes 2018 by STAIL.MY 2
Wolf Alice

MUZIK

Urbanscapes 2018 by STAIL.MY 3Highlight tahun ini tentunya bintang R&B muda ternama dari US, Khalid yang bakal menggegarkan pentas KL Live dengan alunan merdu suaranya dan rentak rancak hits-hitsnya seperti “American Teen” dan “Young Dumb and Broke”. Pemuzik tempatan seperti MonoLoque, Noh Saleh, Altimet, Zee Avi, Satwo, Ramayan, Margasatwa, Pitahati dan ramai lagi.

U Mobile pula menyajikan UNLIMITED GROOVES FESTIVAL by U MOBILE, festival mini di dalam lingkungan festival Urbanscapes 2018 yang bakal menampilkan Wolf Alice (‘Bros’) dan Bodega (‘Jack In Titanic’), kumpulan art-rock dari London, UK dan Brooklyn, US yang menggabungkan bunyi-bunyian post-punk dan lirik kontemporari sosial.

Urbanscapes 2018 by STAIL.MY 4

Turut memeriahkan festival mini tersebut adalah kumpulan blues dan jazz dari Korea Selatan; Se So Neon (‘A Long Dream’, ‘The Wave’), penyanyi dan pemuzik funk dari Bangkok, Thailand; Phum Viphurit (‘Lover Boy’, ‘Long Gone’), kumpulan indie muda yang semakin menempa nama di Kuala Lumpur, Midnight Fusic (Heart of May’, ‘Lovesick’) dan penyanyi dan penulis lirik, Bil Musa (‘I Would Die’, ‘No More Excuses’, ‘adakah ini’).

Sejajar dengan tema Urbanscapes tahun ini iaitu #REIMAGINEKL, UNLIMITED GROOVES FESTIVAL by U MOBILE akan diadakan di Stadium Chin Woo yang bersejarah.

 

SENI

Urbanscapes House di 2 Jalan Hang Kasturi masih menjadi pusat festival ini. Kelima-lima tingkat di Urbanscapes House akan diisi dengan aktiviti kesenian, bunyi-bunyian, perbicangan dan bengkel.

Urbanscapes 2018 by STAIL.MY 5

1 – Audio dan Visual

Immersio 2.0 oleh Filamen kembali ke Urbanscapes House dengan gabungan media dan teknologi lampu yang canggih dan mengasyikkan. Instalasi persembahan cahaya dan pergerakan oleh AVAI by Saishogen di Medan Pasar. Live Wire karya Fairuz Sulaiman, satu instalasi interaktif juga di Medan Pasar dan Paint The Light karya Cervello yang menggabungkan pemetaan visual dengan seni digital menyeluruh.

 

Urbanscapes 2018 by STAIL.MY 6

2 – Pameran Seni

Pameran Seni Visual #REIMAGINEUS akan mengambil tempat di tingkat 1 Urbanscapes House dan dikurasikan oleh Sharmin Parameswaran. Kolaborasi sulung antara Urbanscapes dan OUR ArtProjects untuk The Zhongshan Building Weekender. Acara-acara yang direncana di Bangunan Zhongsan itu akan merangkumi persembahan, instalasi seni dan bengkel di galeri seni, kedai buku, kafe dan kedai muzik yang terdapat di bangunan tersebut.

 

Urbanscapes 2018 by STAIL.MY 7

3  – Seni Persembahan

Warung Panggung menampilkan MUKA Space dan Persatuan Seni Boneka Malaysia (MPA)  yang bakal membawakan keajaiban persembahan wayang boneka bergerak kepada masyarakat sambil menceritakan kisah hidup Ah Loy.

Dancing in Place, persembahan tarian yang bakal menampilkan penari-penari ternama seperti Lee Ren Xin, Rathimalar Govindarajoo serta penari dari Fakulti Tarian ASWARA. Mereka bakal menakluki kawasan Medan Pasar dan kemudian bergerak ke Chinatown dan akhirnya ke kawasan River of Life untuk edisi khas Urbanscapes ini.

 

Urbanscapes 2018 by STAIL.MY 8

 

 4 – Seni kreatif awam

Pesta Lorong Hang Kasturi oleh Think City, lorong awam yang diberi nafas baru oleh DBKL dan Think City ini bekal menjadi tapak parti jalanan dengan pengisian kreatif sesuai untuk semua warga kota. Demi memberikan pengalaman ‘RIUH in the City’ yang sebenarnya, RIUH! dan Urbanscapes akan berkolaborasi di pesisir River of Life.  Akhir sekali, Kuala Hijau by Biji-biji Initiative dianjurkan di sebelah Pasar Seni, juga berhampiran laluan River of Life.

Untuk maklumat lanjut dan jadual lengkap, layari urbanscapes.com.my

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE