SEARCH

TOKO KILAT Menyambar Dengan ‘Ratu Malam’

TOKO KILAT Menyambar Dengan ‘Ratu Malam’

Cetusnya kolaborasi muzik merentasi sempadan apabila Edwin Raj, Irfan Iskandar dan Redzuan Hussin bergabung tenaga dengan tujuan memburu lagu, nada dan irama bersama TOKO KILAT yang keluar dengan muzik terbaharu bertajuk Ratu Malam.

toko kilat ratu malam 1

‘Ratu Malam’ berkisahkan tentang percintaan terlarang, sang teruna yang menagih kasih wanita misteri yang tidak mungkin mampu dimiliki dan mungkin bakal ditimpa bahana akibat perasaan yang tak terkawal ini.

Muzik video ‘Ratu Malam’ adalah hasil kerja rumah kreatif, 33.3 yang juga bertanggungjawab merekacipta visual untuk beberapa artis tempatan seperti animasi ‘Pun Boleh’ nyanyian Alif & Sona One dan video artistik YUNA bertajuk ‘Forevermore’.

Bagi mereka yang kurang mengenali, pemuzik-pemuzik yang bersilang prinsip dan latar belakang namun dengan sasaran utama ini ingin merealisasi fantasi bermain muzik secara serius sambil menimbangtara antara tanggungjawab sebagai golongan pekerja (working class) yang tekun menjana kehidupan harian.

Berlatar pengalaman bermain muzik secara tidak rasmi di persada muzik bebas, TOKO KILAT kini berada dalam proses merancang dan merakam lagu-lagu baru mereka yang akan kedengaran di telinga peminat muzik tempatan tidak lama lagi.

Tiga tahun lalu, TOKO KILAT mempersembahkan video muzik ‘PEMACU API’ selaku single pertama, diikuti single kedua bertajuk ‘NAHAS’ serta lagu semasa bertajuk “SATU SUARA” yang diterbit secara eksklusif di saluran Youtube rasmi @tokokilatband. Lagu-lagu ini sedia dimuat-turun di iTunes, Spotify dan RAKU.

Istimewanya, ‘PEMACU API’ dirakamkan di The Ark Studios, Kuala Lumpur dan diadun oleh Keith Yong sekitar April 2016 serta melalui proses mastering di Abbey Road Studio’s London oleh Frank Arkwright yang terkenal dengan kerja dia bersama Joy Divison, The Smiths dan Blur.

‘NAHAS’ pula diadun oleh Ahmad Huzaini (Hujan, Masdo) dan diadun rapi saudara Greg Calbi dari Sterling Sound, New York City yang pernah bekerjasama dengan Stevie Wonder, David Bowie & The National. ‘SATU SUARA’ diadun Ahmad Huzaini, diadun rapi Joe Laporta dari Sterling Sound, New York City, US.

toko kilat ratu malam 2

Layari www.tokokilatband.com atau laman Instagram rasmi @tokokilatband untuk maklumat lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE