SEARCH

Mulan Menampilkan Liu Yifei Sebagai Pemeran Utama

Mulan Menampilkan Liu Yifei Sebagai Pemeran Utama

Disney memperkenalkan Liu Yifei sebagai MULAN!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by STAIL.MY (@stail.my) on

Disney juga berkongsi foto pertama filem live-action Mulan yang dibintangi pelakon dan penyanyi dari Tanah Besar China ini sebagai karakter utama. Foto tersebut dipamerkan Disney melalui akaun Instagram rasmi filem Mulan pada Isnin jam 8.30 malam. Pelakon wanita berketurunan Amerika-China itu dipilih oleh pihak studio Disney setelah melakukan pencarian selama setahun penuh di seluruh dunia.

Selain Yifei, Disney juga memilih pelakon-pelakon hebat lain seperti Donnie Yen, Utkarsh Ambudkar, Jason Scott Lee, Yoson An serta pelakon dan legenda kung fu, Jet li. Filem live-action Mulan ini diadaptasi dari filem animasi Disney dengan tajuk yang sama pada 1998.

Watak Mulan di dalam filem animasi terdahulu disuarakan oleh Ming Na Wen. Mulan mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita muda yang menyamar menjadi pemuda untuk berperang melawan musuh dari utara yang menyerang China.

Mulan terinspirasi dari kisah ‘Ballad of Mulan’, legenda tentang Hua Mulan, seorang pahlawan wanita di China era 420-589 masihi. Dalam kisah ‘Ballad of Mulan’, Hua Mulan mengambil alih peranan sang ayah yang sedang gering, dalam pasukan tentera kerajaan. Mulan bertempur di dalam medan peperangan selama 12 tahun, sehingga dia berupaya memperoleh jasa penghormatan tertinggi dalam tentera.

Namun dia menolak semua penghormatan dan anugerah yang diterima kerana membawa China ke arah kejayaan. Mulan memilih untuk kembali ke kampung halaman bagi menjalani kehidupan gadis desa yang aman dan damai. Khabarnya, Disney akan memastikan kisah yang sama untuk pengakhiran filem live-action Mulan ini.

Bukan semata-mata filem cinta, filem live-action Mulan ini lebih memberi fokus kepada watak seorang wanita yang kuat dan pemberani. Wanita yang tidak takut berdikari. Kisah tentang pahlawan wanita terhebat yang disegani. Oh, filem live-action Mulan tiada berkonsep muzikal seperti versi animasi dan dibawa dengan nafas yang lebih serius.

Ia legenda pahlawan wanita yang epik!

Puteri tertua dari seorang perajurit terhormat, Hua Mulan bersemangat dan bertekad di atas kakinya sendiri,” – Disney dari kenyataan yang dipetik dari Entertainment Weekly.

“Ketika kerajaan mengeluarkan arahan seorang anak lelaki dari setiap keluarga harus berjuang demi negara, Mulan mendapat tentangan daripada menggantikan ayahnya yang sedang sakit tua. Namun sejak itu Mulan berkembang menjadi salah satu pahlawan terhebat dan terbilang yang pernah tercatatkan dalam sejarah kerajaan China purba,” lanjut Disney lagi.

Mulan disutradarai oleh Niki Caro dengan lakon layar oleh Elizabeth Martin, Lauren Hynek, Jaffa dan Amanda Silver. Penggambaran direncana akan mengambil tempat di sekitar New Zealand dan China. Walt Disney Pictures sebagai penerbit eksekutif dan pengedar rasmi. Mulan akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada Mac 2020.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE