SEARCH

#Review Tulus Nyanyi Lagu Minang di Tulus Sewindu Tour KL

#Review Tulus Nyanyi Lagu Minang di Tulus Sewindu Tour KL

Sabtu malam tanggal 3 Ogos 2019, STAIL.MY diundang ke TULUS SEWINDU TOUR KL 2019 yang berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Konsert satu malam yang dianjurkan oleh Shiraz Projects bersama TulusCompany ini diiringi kumpulan muzik yang jauh lebih besar berbanding konsert #TULUSinMalaysia pada tahun lalu.

Sewindu’ bermaksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia dan konsert ini dijalankan sempena sambutan ulang tahun ke-8 penglibatan Tulus di dalam industri seni suara. TULUS SEWINDU TOUR KL adalah tanda penghargaan terhadap ribuan peminatnya yang memberi sokongan yang amat luar biasa terhadap penyanyi tinggi lampai yang berasal dari Bukit Tinggi, Indonesia ini.

TULUS SEWINDU TOUR KL 2019 turut dihadiri penyanyi-penyanyi tersohor Malaysia seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid DAN Dayang Nurfaizah.

Kami dihiburkan dengan persembahan mantap selama tiga jam oleh Tulus yang menyampaikan lagu-lagu dari album ‘TULUS’ (2011), ‘Gajah’ (2014) dan ‘Monokrom’ (2016). Lagu bertajuk ‘Baru’ membuka tirai konsert dan diikuti dengan barisan lagu-lagu hits daripada ketiga-tiga albumnya itu termasuk ‘Tukar Jiwa’, ‘Monokrom’, ‘Labirin’, ‘Langit Abu-Abu’, ‘Pamit’,  ‘Ruang Sendiri’ dan tidak lupa ‘Sewindu’.

Istimewanya, penyanyi bergenre jazz dan pop ini turut mengidungkan dua buah lagu daripada koleksi lagu-lagu Minang untuk berkongsi dengan peminatnya. Tulus sempat berkongsi bahawa dia membesar dengan mendengar lagu-lagu tersebut. Selain itu, dia juga mendendangkan ‘Bila Larut Malam’ oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan juga ‘Cinta Jangan Kau Pergi’ oleh Dato’ Sheila Majid. Suara dan nyanyian Tulus yang sungguh indah itu betul-betul membuat kami terpaku.

Saya membesar mendengar lagu-lagu Minang ini di Negeri Sembilan. Ia amat bermakna, rendisi segar yang menggetar jiwa namun masih mampu mengekalkan seni dan irama tradisi” – Ija Rahman, Pengurus Jualan STAIL.MY

Belum pun sempat kami habis mengagumi, penyanyi lelaki yang satu ini berjaya sekali lagi menarik perhatian penonton, membuatkan kami berdiri dari tempat duduk dan ikut sama berdansa menyanyikan ‘Lagu Untuk Matahari’ diikuti lagu hit Tulus, ‘Sewindu’. Kami benar-benar terpukau dan terhibur dengan persembahan Tulus yang sesungguhnya memiliki vokal yang hebat.

Kami berharap Tulus akan terus menghasilkan lagu-lagu terbaharu di masa mendatang. Mungkin Tulus boleh mengadakan konsert ketiganya di Malaysia pada 2020? Tidak mustahil, bukan? Yang pasti kami akan hadir lagi untuk menyokong dan pada masa sama, pasti ‘enjoy’ dengan konsert Tulus!

Bila Larut Malam #Review Tulus Nyanyi Lagu Minang Dengan Indah Sekali di Konsert Tulus Sewindu Tour KL 2019

#Review Tulus Nyanyi Lagu Minang Dengan Indah Sekali di Konsert Tulus Sewindu Tour KL

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE