SEARCH

#CoupleGoals Tun M & Tun Siti ‘Standing in the Eyes of the World’

#CoupleGoals Tun M & Tun Siti ‘Standing in the Eyes of the World’

Lagu ikonik Standing in The Eyes of The World dihembus nafas baru sempena ulang tahun kelahiran buah hati rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Siti Hasmah.

Bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-94 tahun dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah yang ke-93, Astro Gempak berbesar hati menerbitkan muzik video tribute berjudul ‘Malaysia’s Amazing Couple – Standing In The Eyes of The World 2019’ sebagai tanda penghargaan buat legenda Malaysia yang cukup dihormati ini.

Lebih manis lagi, tarikh kelahiran pasangan tokoh negara ini turut jatuh berdekatan cuma berselang dua hari pada 10 Julai dan 12 Julai.

Istimewanya, rakaman semula lagu ikonik ‘Standing In The Eyes of The World’ yang diberi nafas baharu tersebut turut menampilkan penyanyi asal iaitu Ratu Rock Negara, Norzila Aminuddin atau lebih popular dengan nama Ella dan turut dinyanyikan bersama lima lagi penyanyi cilik iaitu Kashika (Ceria Popstar), Umairah (Ceria Megastar Ministar), El (Ceria Megastar Ministar), Adinda (Ceria Popstar) dan Yoyo Cheow.

Terdahulu, lagu nostalgia ‘Standing In The Eyes of The World’ dirakamkan buat pertama kali pada 1998 dan turut diangkat sebagai lagu rasmi Sukan Komanwel pada tahun sama. Lagu tersebut ciptaan bersama komposer Datuk Wah Idris dan David Gates. Manakala liriknya pula hasil nukilan Habsah Hassan.

Dengarkan Malaysia’s Amazing Couple – Standing In The Eyes of The World 2019 seperti di pautan berikut:

 

 

10 MOMEN #COUPLEGOALS TUN M & TUN SITI YANG BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA berbunga di hati

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE