SEARCH

#InSTAILgramWorthy! 9 Malam Paling Lit di Urbanscapes 2019

#InSTAILgramWorthy! 9 Malam Paling Lit di Urbanscapes 2019

Urbanscapes 2019, pesta seni dan kreatif terlama di Malaysia, kembali berlangsung selama 9 hari bermula 16 hingga 24 November 2019.

Sempena 17 tahun penganjuran, Urbanscapes 2019 bakal merenjis kota metropolitan Kuala Lumpur dengan kemeriahan persembahan daripada barisan bintang terkenal dari dalam dan luar negara, di samping menampilkan pameran serta hasil seni penggiat-pengiat seni tempatan.

Masih berpaksi pada tema yang sama, Urbanscapes 2019 merai sekali lagi #reconnectKL. Pelbagai aktiviti kesenian dan budaya bakal mengambil tempat, antaranya di Medan Pasar, River of Life, REXKL, The Godown KL, Sentul Depot, Kwai Chai Hong, Lorong Bandar 13 dan Lorong Panggung.

Tetap setia dengan intipatinya, Urbanscapes akan selalu berkerjasama dengan bukan sahaja komuniti artisan tempatan, malah antarabangsa, bagi memberi yang terbaik untuk ‘menghidupkan’ Bandaraya Kuala Lumpur. Tak perlu pergi sampai ke luar negara, kamu boleh keluar dari rumah dan menjelajahi apa yang menarik di ibu negara kita yang satu ini.


Mencuba pengalaman yang baru & mencipta memori serta perkongsian idea yang bernas sesama kamu semasa berbual di lapangan seni Urbanscapes 2019

Paling menarik, Unlimited Grooves Festival (UGF) anjuran U Mobile kembali dengan 3 hari ektravaganza muzik. Bermula 21, 22 dan 24 November di Sentul Depot, UGF bakal menampilkan barisan artis antarabangsa, seperti:

Tiket UGF boleh dibeli bermula 19 September 2019 (19/9/19) di www.galactix.asia

Dan bahagian paling disukai, segmen kreatif dan instalasi seni yang penuh warna, hasil ciptaan artisan tempatan. Dan tahun ini, Nippon Paint membawa ‘Colors of Life’ yang memperkenalkan artisan jalanan untuk menghidupi dan mewarnai Kuala Lumpur. Menyimbah Kuala Lumpur dengan warna-warna kehidupan.

Bersama-sama dengan itu, sudut IMMERSIO kembali bercahaya. Dikendalikan oleh Filamen, IMMERSIO mempersembahkan seni interaktif neon yang bakal dipamerkan di Urbanscapes House di 2 Hang Kasturi, Medan Pasar.

Pengumuman barisan artis dan persembahan tambahan bakal menyusul. Layari urbanscapesmy untuk informasi terkini dan maklumat lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE