SEARCH

LADY GAGA, BRUNO MARS & THE WEEKND UNTUK VICTORIA SECRET’S PARIS FASHION SHOW 2016

LADY GAGA, BRUNO MARS & THE WEEKND UNTUK VICTORIA SECRET’S PARIS FASHION SHOW 2016

Victoria’s Secret (VS) pantas membadai ibukota Perancis musim salju ini dengan penampilan trio pop Hollywood sensasi – kebetulan masing-masing baru sahaja membuat penampilan semula – Lady Gaga, Bruno Mars dan The Weeknd – pada 2016 Victoria’s Secret Paris Fashion Show.

Gaga pastinya mengguna peluang ini sebaik mungkin bagi mempromosi album terbaru keluaran bulan lalu, ‘Joanne’, manakala Mars dan The Weeknd juga dijangka tak sabar-sabar menyajikan lagu-lagu terbaru dari album mereka yang bakal dilancarkan hujung November ini.

Album Mars yang berjudul ‘24K Magic’ bakal menemui pasaran pada 18 November, sementara album The Weeknd, ‘Starboy’ pula keluar pada 25 November. Kedua mereka pernah membuat persembahan di pentas peragaan super-vaganza VS sebelum ini (2012 dan 2015).

Yang pasti, mereka bertiga bakal membuat persembahan secara langsung mengiringi bidadari-bidadari VS tahun ini seperti Kendall Jenner, Karlie Kloss serta penampilan pertama kali adik-beradik Hadid; Bella dan Gigi Hadid, yang dijadual berlangsung bulan hadapan tanggal 5 Disember 2016.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE