SEARCH

Setelah Mendapat Sambutan Hangat, Wanna One Kembali Sekali Lagi Ke Malaysia!

Setelah Mendapat Sambutan Hangat, Wanna One Kembali Sekali Lagi Ke Malaysia!

Setelah mendapat sambutan yang begitu hangat pada kemunculan pertama buat julung kalinya baru-baru ini yang dengar kata, begitu dahsyat sekali sehinggakan konsert diberhentikan selama sejam bagi meredakan peminat yang hadir. Namun buat kumpulan sensasi Korea Selatan, Wanna One ini, mereka tidak serik malah berjanji untuk kembali ke Malaysia suatu hari nanti. Ternyata janji ditepati, pihak penganjur konsert, YJ Partners dengan bangganya mengumumkan konsert jelajah mereka di Malaysia!

Konsert yang bakal berlangsung pada 21 Julai 2018 ini dan bertempat di Axiata Arena, bakal menyaksikan sekumpulan anak-anak muda 11 orang dalam kumpulan Wanna One ini mendendangkan lagu-lagu popular mereka. Bukan itu sahaja, kumpulan Wanna One baru sahaja melancarkan album kedua mereka, 0+1=1 (I Promise You) yang dilancarkan pada Mac lalu. Maka pastinya konsert ini akan menjadi lebih bermakna sekali buat peminat Wanna One di seluruh dunia.

Sedikit info menari tentang kumpulan ini, kesemua sebelas mereka berasal daripada rancangan realiti, Produce 101 musim yang ke-2. Wanna One menikmati kejayaan yang hebat sekali sehinggakan mereka mendapat peluang yang begitu banyak terutama sekali menjadi duta untuk jenama-jenama hebat. Semenjak tamat menyertai rancangan tersebut, mereka diisythiharkan sebagai antara grup yang berjaya mencatat jualan album melebihi lebih dari satu juta unit sejak album debut mereka dilancarkan.

Buat kamu yang ingin sertai konsert ini, bolehlah layari https://www.facebook.com/YJPartnersOfficial atau layari laman sosial rasmi YJ Partners, Facebook: https://www.facebook.com/YJPartnersOfficial Instagram: yjpartnersofficial dan Twitter: https://www.twitter.com/YJPARTNERS

Wanna One juga dijadualkan akan membuat persembahan di bandar-bandar utama sekitar Amerika Syarikat seperti San José, Dallas, Chicago, dan Atlanta. Mereka juga akan menjayakan konsert di Singapura, Jakarta, Hong Kong, Bangkok dan Melbourne.

Buat peminat tegar muzik pop Korea Selatan, jangan lupa mendapatkan tiket konsert Wanna One World Tour One: The World hasil kerjasama YJ Partners dan MC Live Group ini! Jumpa kamu di sana! 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE