Warning: Use of undefined constant link - assumed 'link' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 820

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 444
Wayang Mak Yong Stories: Mak Yong Versi Moden Yang Harus Kamu Tontoni | STAIL.MY
SEARCH

Wayang Mak Yong Stories: Mak Yong Versi Moden Yang Harus Kamu Tontoni

Wayang Mak Yong Stories: Mak Yong Versi Moden Yang Harus Kamu Tontoni

Pada era 1960-an, Tan Sri Mubin Sheppard, bekas pegawai kolonial British di Malaya (nama lama Malaysia sebelum Merdeka) berubah menjadi sarjana penulisan sastera Melayu yang disegani. Sheppard mula menulis tentang Mak Yong (1960, 1967, 1969, 1972, 1974, 1983) kerana terpersona dengan keindahan seni budaya dari Pantai Timur ini.

Tulisan-tulisan Sheppard yang sangat romantis, menggambarkan Mak Yong sebagai seni istana kuno yang sangat berharga. Dia menghubungkan Mak Yong dengan penyembahan Mak Hiang yakni semangat padi. Umumnya, bahasa yang dituturkan dalam satu-satu pementasan Mak Yong adalah dalam dialek Kelantan. Malangnya tidak semua rakyat Malaysia memahami dialek unik dan eksentrik, yang satu ini.

Justeru, sebagai inisiatif untuk memperkenalkan seni tradisi kuno ini kepada orang ramai, khususnya di Lembah Klang, Masakini Theatre Company akan mempersembahkan Wayang Mak Yong Stories – persembahan Mak Yong moden dalam format penglipur lara dan wayang. Persembahan ini akan mengambil tempat di Studio Ramli Hassan, Bukit Tunku, Kuala Lumpur, jam 8:30 pada 1 sehingga 4 Ogos 2019.

‘Wayang Mak Yong Stories’ mendapat arahan Sabera Shaik, Susan John selaku pengarah muzik dengan iringin pemuzik Kamrul Hussin, Mat Din Hussin & Mat Wan Hussin.

“Skor muzik adalah campuran dari komposisi asli yang ditulis untuk muzik secara langsung dan diatur secara digital. Ia muzik instrumentasi Asia Tenggara, berstruktur dalam format barat,” jelas Susan.

Ilustrasi DEWA ANDERA, ANDERA DEWA yang akan ditayangkan di persembahan ini digalas oleh artisan asal Sabah, Azlan Dulikab. Penari-penari dan pelakon teater lain akan mengambil peranan sebagai DALANG, saat mereka menceritakan kisah dan jalan cerita sambil memainkan patung dan boneka dengan lampu-lampu. Bayang-bayang berwarna juga akan dipertingkatkan lagi dengan kesan khas bagi memberi lebih impak pada persembahan.

Mak Yong adalah cereka rakyat dan ia salah satu khazanah seni persembahan yang berasal dari Malaysia, Thailand dan sebahagian Indonesia. Sebagai salah satu tradisi lama di Asia Tenggara, Mak Yong berkembang dari kepercayaan animisme masyarakat tempatan dan amalan perdukunan kuno.

Sebagai bentuk seni tradisional tulen dari negeri Kelantan, Mak Yong sering kali dipersembahkan dalam bentuk drama tarian. Ia seni teater yang menggabungkan unsur tarian, opera dan komedi. Mak Yong ialah sejenis bentuk teater unik berbanding teater moden yang terdapat di barat.

Sedialah untuk menikmati persembahan Wayang Mak Yong Stories di Studio Ramli Hassan yang direka khas dengan pencahayaan dan kelengkapan muzik yang moden. Lawati Masakini Theatre Company untuk tiket dan maklumat lanjut.

Baca juga #REVIEW Mak Yong ‘mati’ di Kelantan tetapi tidak di dunia

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE