SEARCH

Where’s Karl? – Cari Karl Lagerfeld di 15 Kota Yang Stail-lish

Where’s Karl? – Cari Karl Lagerfeld di 15 Kota Yang Stail-lish

Nama Karl Lagerfeld sudah sebati dengan fesyen. Dengan kacamata hitam ikonik dan ponytail putih, kamu pasti tertanya-tanya apa langkah pengarah kreatif rumah fesyen Chanel ini seterusnya? Sudah tentu Karl kini adalah Waldo versi moden dalam Where’s Karl?.

Buku ilustrasi comel ini adalah buah idea Stacey Calwell (Naib Pengerusi Thakoon) bersama penerbit video fesyen terkenal, Ajiri Aki dan illustrator Michelle Baron bagi menghasilkan senaskah buku fesyen yang mengambil inspirasi daripada siri Where’s Waldo.

Ilustrasi berwarna-warni ini juga ‘menyorokkan’ beberapa muka-muka fesyen terkenal, yang turut tampil bersama rakan-rakan selebriti Hollywood yang lain. Kamu harus melihat dengan lebih dekat, Olsen Twins, Florence Welch, André Leon Tally dan Charlize Theron yang tersorok di helai-helaian ‘Where’s Karl?’ ini.

Where’s Karl? by STAIL.MY 1

Mukadimah buku lukisan ini menuliskan,

“Sentiasa bergerak, Karl Lagerfeld ada di mana-mana, pada bila-bila masa. Bantu Florence de la Sabine (kamu boleh memanggilnya Fleur), gadis blogger fesyen yang mencari Karl untuk sesi wawancara. Sesungguhnya temubual bersama Karl dapat membawa keberkatan fesyen terhadap laman sesawang milik Fleur untuk lebih dikenali di seluruh dunia.”

Lalu ia menyambung,

“Lipat lengan baju sejuk Alexander McQueen kamu dan ikuti Fleur terbang ke 15 kota fesyen dunia bagi mencari Karl. Lokasi-lokasi seperti The Met Gala di New York, Persimpangan Shibuya di Tokyo, pentas peragaan Chanel di Grand Palais, Perancis serta beberapa lagi panorama stail-lish dunia.”

Jika kamu teliti, kamu juga akan ‘berjumpa’ dengan Anna Wintour, Beyonce dan Jay-Z. ‘Where’s Karl?’ juga mengandungi beberapa ‘senarai penemuan’ yang bakal kamu jumpa di setiap lokasi rahsia. Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan terputus, tepung jangan terabur, cari raja fesyen ini sehabis baik 🙂

Where’s Karl? by STAIL.MY 2

Where’s Karl? by STAIL.MY 3

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE