SEARCH

Peminat Histeria! Lihat 15 Foto Sekitar Why Dont We Fan Meeting di TGV, KLCC

Peminat Histeria! Lihat 15 Foto Sekitar Why Dont We Fan Meeting di TGV, KLCC

Boyband popular asal US, Why Dont We akhirnya membuat konsert di Malaysia pada 14 November lalu di Plenary Hall, KLCC. Saya diundang ke majlis temu peminat (fan meeting) yang berlangsung di TGV, KLCC dan apa yang saya boleh katakan peminat hampir histeria sebaik sahaja kelima-lima pemuda ini masuk ke dalam panggung.

Peminat Hampir Histeria! Lihat 15 Foto Sekitar Why Dont We Fan Meeting

Sejak ditubuhkan pada Oktober 2016, Why Don’t We menjadi salah satu boyband pop yang mendunia. Mereka memiliki jutaan peminat (kebanyakannya di kalangan perempuan) di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Saya dimaklumkan peminat di Malaysia adalah yang paling terbesar.

Mana tidaknya, tiket konsert mereka, ‘8 Letters Tour’ HABIS TERJUAL dalam masa hanya beberapa jam sehinggakan pihak penganjur terpaksa menyediakan ratusan tiket tambahan demi tidak mengecewakan peminat Malaysia. Permintaan yang sangat tinggi ini menunjukkan populariti mereka bukan calang-calang di kalangan peminat Malaysia. Buat masa ini, Why Don’t We sudah pun melepasi 1 bilion penstriman atas talian dan lebih 500 juta tontonan di muzik video

Peminat mereka, yang memanggil diri sebagai “Limelights”, memadati dewan konsert dengan kapasiti 3000 orang dan menyanyikan bersama untuk setiap lagu. Kugiran ini mempersembahkan kebanyakan lagu-lagu mereka dari album ‘8 Letters’ yang dilancarkan pada tahun lalu dan separuh lagi lagu-lagu dari tahun ini sempena kempen ‘Satu Lagu, Satu Bulan’ mereka, termasuk hit terbaru ‘What Am I”.


Tepat sebelum mereka berangkat ke KLIA pada keesokan harinya, Why Dont We membuat satu LAGI kejutAN!

Rumah rakaman yang dinaungi mereka di Malaysia, Warner Music Malaysia menganjurkan ‘Limelights Party’. Pada asalnya, peminat hanya diberitahu bahawa kumpulan ini akan mengadakan panggilan video untuk berbual dengan mereka… sedangkan sebenarnya kumpulan ini benar-benar muncul semasa gimik panggilan video tersebut berlangsung.

Cuba bayangkan, panggung yang dipenuhi lebih kurang 150 gadis sunti ini menjerit sakan sebaik sahaja boyband kesayangan mereka ini keluar membuat kejutan!

Why Don’t We ‘melepak’ dengan Limelights yang bertuah ini lebih kurang satu jam. Melayani soalan dan permintaan Limelights untuk mencorak cawan. Lalu memberikannya kepada peminat-peminat yang bertuah. Akhir sekali, Why Don’t We dihadiahi dengan plak emas sempena memperingati Konsert 8 Letters Tour yang sempat singgah di Malaysia.

KREDIT FOTO: JINSON CHEE

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE