SEARCH

Wonder Woman Mengangkat Martabat Filem Adiwira Wanita

Wonder Woman Mengangkat Martabat Filem Adiwira Wanita

wonder woman

Wonder Woman memberi saya banyak tanggapan. Untuk permulaan, filem ini berkenaan badass woman and that’s great!

Saya rasakan bukan saya seorang sahaja yang teruja. Menurut laman web tiket atas talian, Fandago menyasarkan jumlah kutipan buat filem adiwira solo wanita ini bakal memecah rekod sebagai filem pecah panggung musim panas 2017.

Filem-filem seperti “Spider-Man: Homecoming”, “Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales”, “Stephen King’s The Dark Tower” dan “Dunkirk” antara yang menyusul selepas filem yang dibintangi Gal Gadot ini.

Let that sink in. Buat masa ini Wonder Woman berada di tangga nombor satu, sekurang-kurangnya dari segi hype dan jangkaan Fandago. Fandago juga mengeluarkan bancian tambahan yang bertanyakan “Mengapa peminat filem teruja menonton Wonder Woman?”. 92% daripada kumpulan sasaran ini menjawab sangat teruja menonton filem adiwira solo wanita ini.

Dalam kumpulan sasaran yang sama, 87% mahukan Hollywood membikin lebih banyak filem-filem adiwira solo wanita seperti Wonder Woman. Peratusan-peratusan yang besar ini sememangnya releven jika dilihat dari sudut pembikinan filem-filem adiwira yang terdahulu.

Memang filem-filem seperti “The Avengers” dan “Suicide Squad” ada menampilkan watak-watak adiwira wanita namun kita belum lagi melihat filem solo yang khusus untuk watak-watak ini. Kali terakhir pun mungkin filem “Catwoman” yang dimainkan oleh Halle Berry (2004), 13 tahun yang lalu. Mahupun “Elektra” (2005) yang dimainkan oleh Jennifer Garner.

Namun cabaran membawa Wonder Woman ke layar perak Hollywood juga bukan suatu tugas yang mudah. Lagi-lagi sebagai sebuah filem solo. Asal kamu tahu, watak ini sudah pun berusia 76 tahun sejak komik pertamanya dikeluarkan pada 1941.

Walaupun sudah lebih setengah abad berlalu dan beberapa penampilan khas dalam siri-siri televisyen atau filem-filem adiwira dominan/lelaki yang lain, 2017 ini barulah pahlawan wanita yang bernama Diana Prince ini diangkat untuk filem adiwira solo pertama miliknya sendiri.

Atas arahan sutradara Patty Jenkins dengan lakon layar oleh penulis skrip Zack Snyder, Wonder Woman akan berperang di pawagam seluruh Malaysia bermula tanggal 2 Jun 2017.

Wonder Woman

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE