SEARCH

PERSOALAN FILEM SULUNG WONDER WOMEN BERAKHIR DENGAN TRAILER BARU DIPERTONTONKAN

PERSOALAN FILEM SULUNG WONDER WOMEN BERAKHIR DENGAN TRAILER BARU DIPERTONTONKAN

WonderWoman3_stailMY

Kali terakhir Wonder Woman beraksi di layar perak Hollywood ketika Lynda Carter sebagai Wonder Woman pada sekitar 1970-an. Aksi dan lakonan Carter yang sangat membekas membuatkan watak ini sukar untuk mencari ganti.

Setelah hampir 40 tahun filem ini terbenam dalam lipatan sejarah besar Hollywood, tiada sebarang penunjuk yang menunjukkan filem ini bakal dihidupkan semula. Namun, baru-baru ini, watak adiwirawati pertama ciptaan komik DC ini membuat penampilan semula pada akhir filem Batman Vs Superman (2016). Walaupun seimbas, penampilan sekilas ini berjaya membuat peminat tertanya-tanya apakah bakal dibikinkan semula sebuah filem khusus untuk Wonder Woman?

Desas-desus kini terjawab, akhirnya DC mengeluarkan sebuah trailer terbaru yang dedikasikan sepenuhnya untuk watak super-wirawati tertua ciptaan DC (1941) ini.

Kisah bermula apabila Steve Trevor (Chris Pine), seorang askar udara Amerika hanyut dan terdampar di sebuah pulau rahsia yang dihuni pahlawan-pahlawan wanita Amazon. Ketika ini lah Trevor berjumpa dengan Diana (Gal Gadot), seorang puteri yang juga pahlawan wanita Amazon yang gagah dan cintakan keadilan dan keamanan sejagat. Waktu itu sedang berlangsung Perang Dunia Pertama. Trevor memberitahu Diana tentang perihal dunia yang sedang menuju ke arah kehancuran akibat peperangan ini. Diana tak tinggal duduk diam, terus mengikut naluri hati untuk turut berjuang bagi menghentikan peperangan yang membinasakan ini.

Filem Wonder Woman kali ini diarahkan oleh Patty Jenkins dengan lakon layar oleh penerbit dan penulis skrip tersohor Hollywood, Zack Snyder. Snyder sebelum ini terkenal dengan penghasilan filem bajet besar seperti Watcmen, Suckerpunch dan Batman Vs Superman. Wonder Woman akan ditayangkan di seluruh dunia pada Jun tahun hadapan dengan tayangan perdana pada 2 Jun 2017(Hollywood).

WonderWoman1_stailMY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE