SEARCH

“Saya dah penat!” – 5 Soalan Bersama Yuna dalam ‘Rouge’

“Saya dah penat!” –  5 Soalan Bersama Yuna dalam ‘Rouge’

Pagi itu saya tiba tepat jam 8.30 pagi di pekarangan ibu pejabat Universal Music Malaysia (UMM) yang terletak di Wisma Academy, Petaling Jaya. Saya diundang oleh Fatin Fathanah, pegawai komunikasi UMM untuk menemuramah artis wanita berhijab antarabangsa yang tidak asing lagi namanya di telinga pendengar muzik di Malaysia. Yunalis Zara’ai, nama diberi. Saya jadi teruja untuk membongkar album terbaharu Yuna, ROUGE.

Sayangnya, saya tidak dapat menemui Yuna secara bertentang mata kerana dia lagi sekarang berada di Amerika Syarikat sana. Dan sayangnya juga, saya tidak dapat bertemu Yuna sewaktu dia membuat persembahan di Good Vibes Festival 2019 yang lalu akibat jadual masa yang amat padat.

Pun begitu, kalau sudah jodoh, tidak lari ke mana. Saya diberi kesempatan untuk menemuramah Yuna melalui temubual telefon (phoner), yang dirangka oleh UMM khas untuk STAIL.MY. Mendapatkan pandangan dan perspektif dari Yuna sendiri tentang ‘Rouge’, budaya dan perjalanan seni wanita yang bernama Yuna ini, seperti yang tertera:

 

1 –  Beritahu kami segalanya tentang album terbaharu kamu, ‘Rouge’ dan bagaimana ia mencerminkan fasa dalam kehidupan kamu sekarang?

‘Rouge’ adalah ‘Merah’. Saya lebih yakin memberi mesej yang lebih mendalam sebagai seorang wanita.

Dalam ‘Rouge’, saya bercakap tentang identiti.

‘Rouge’ benar-benar melambangkan wanita dalam diri saya pada hari ini. Kamu melihat warna merah. Ia warna berani, warna semangat dan warna wanita. Sempurna bagi menggambarkan siapa diri saya sekarang. Apa yang saya lalui dalam kehidupan.

 

2 – Cabaran sebagai artis wanita yang berhijab di industri muzik, sama ada di US, mahupun di Malaysia?

Saya rasa saya sudah dewasa, tetapi ramai yang masih menganggap dan mengharapkan Yuna yang lama, Yuna yang dahulu. Sudah 11 tahun berlalu sejak pertama kali saya menghasilkan muzik.

I’m a grown woman, now. 

 

This is the new me. The New Yuna. You all need to embrace that” – YUNA

Saya dah penat. Faktanya saya suka menari, bersenam dan sebagainya. Menari itu juga sebahagian daripada cabang seni. Sayangnya jika saya tidak dapat berkongsi, seni yang saya baru pelajari ini.

Ada satu lagu bertajuk ‘Light’ dalam album terbaru saya ini yang saya berbicara tentang dilema seorang artis wanita muslim di dalam industri muzik. Kadang-kala peminat berkata yang saya tidak cukup muslim, sebaliknya ada juga yang berkata saya tidak cukup kebaratan.

Pada akhirnya, terserahlah. Kita tidak mampu memuaskan semua pihak.

 

 

3 – Saya melihat terdapat unsur tradisional di kulit album ‘Rouge’, jika tidak keberatan boleh kongsikan tema kulit album ini?

Saya memang memasang impian untuk memakai mahkota bangsa Melayu ini untuk persembahan nyanyian saya, suatu hari nanti. Jadi, di kesempatan ini saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mempersembahkan khazanah bangsa kita untuk tatapan dunia.

Saya sematkan Sanggul Lintang untuk album kulit ‘Rouge’.

Ia melambangkan saya sebagai seorang wanita Melayu dari Malaysia. Ia salah satu budaya yang kita kongsi bersama, misalnya di Indonesia, Thailand dan Singapura. Ia budaya Asia Tenggara. Jadi untuk ‘Rouge’, saya betul-betul mahu ketengahkan identiti saya sebagai seorang wanita Asia Tenggara.

 

 

4  – Istimewanya, ada satu lagu Melayu yang bertajuk ‘Tiada Akhir’ yang turut terkandung di dalam album ini. Boleh terangkan tentang lagu ni? Makna di sebaliknya? Bagaimana pula penerimaan pendengar muzik di US sana?

‘Tiada Akhir’ adalah lagu Melayu pertama yang saya bawakan untuk pasaran global. Saya masukkan dalam album US saya. Alhamdulillah, sambutan yang sangat baik semasa saya mempersembahkan lagu ini di sepanjang kembara muzik saya di sana.

Ramai yang terpegun dan kagum dengan lagu tersebut. Mereka kagum dengan bahasa kita.

Saya gembira dapat berkongsi identiti saya sebagai seorang Malaysian. Pada masa sama, lagu ini adalah berkenaan kisah cinta yang tragis dan diinspirasi oleh syair. Kalau diikutkan melalui lirik, cinta itu tiada pengakhiran. Cinta yang tak habis. Meski terlerai, cinta masih ada.

 

Yakin dan perkasa.

I am this woman right now.

5 – Jika diberi peluang untuk memberi mesej tentang budaya kepada generasi muda sekarang, apa yang akan kamu tuliskan?

Be proud of yourself. Your identity. Your heritage.

Berbanggalah dengan identiti kamu. Kesenian dan budaya bangsa kamu. Agar suatu hari nanti, kamu juga boleh berkongsi seni dan budaya negara yang kaya ini ke persada dunia.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE