SEARCH

‘PULANG’ : KOLABORASI EKSKLUSIF YUNA X SONAONE

‘PULANG’ : KOLABORASI EKSKLUSIF YUNA X SONAONE

Nampaknya Yuna tak sudah-sudah membikin peminat tak senang duduk, terkini Yuna membuat kejutan dengan mengumumkan hasil nukilan kolaborasi terbaru bersama Sonaone, berjudul ‘Pulang’.

Memetik sebaris lirik dari lagu ini, ‘Cukupkah cinta dan janji tanpa jasad menemani?’, Yuna teruja mengumumkan pelancaran kolaborasi eksklusif ini melalui akaun rasmi Twitter dan Instagram @yunamusic, tanggal 19 Ogos 2016 (Jumaat).

Sonaone juga tidak ketinggalan mengemaskini akaun Instagram miliknya, “Saya sangat gembira berkolaborasi bersama seorang pemuzik yang berbakat dan cantik @yunamusic untuk single berbahasa Melayu terbaru, ‘Pulang’!,” bingkas Sonaone.

Bagaimana agaknya hasil kolaborasi dua bintang yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu ini ya? Tentu menakjubkan! Yang pasti, ‘Pulang’ belum lagi dimainkan di mana-mana stesen radio, dalam atau luar negara, mahupun melalui akaun rasmi Vevo Youtube Yuna. Dengarkan single terbaru dari Puteri R&B dan Putera Hip Hop Malaysia ini secara eksklusif hanya di Spotify atau iTunes.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE