SEARCH

Seorang Lagi ‘Terbang Tudung’, Zarina Anjoulie Mengaku Kecundang

Seorang Lagi ‘Terbang Tudung’, Zarina Anjoulie Mengaku Kecundang

Zarina Anjoulie Tidak Lagi Berhijab & Belanja Lurah Dendam

Zarina Anjoulie umum buka tudung secara rasmi dan tanpa segan silu menayang rambut berwarna dan payudara. Pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah ini mengakui dirinya tewas dan memohon maaf kepada peminat di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Zarina Anjoulie Umum Buka Tudung 1

“Kalau tiada siapa paksa, buat apa pakai (hijab). Aku pakai (hijab) sebab bekas suami aku paksa,” tulis pelakon kontroversi Zarina Anjoulie mengenai keputusannya membuka tudung.

Zarina berkata demikian bagi membalas komen warganet yang terus-terusan mempertikaikan tindakannya membuka tudung.

Dalam masa sama, menerusi satu kiriman di Instagramnya @beauty_mafia , pelakon wanita yang mesra disapa dengan panggilan Anju itu memuat naik foto penampilan dirinya yang terbaharu tanpa tudung dan rambut yang berwarna perang.

Zarina Anjoulie Umum Buka Tudung 2

“Aku tewas, Maafkan aku. Aku terima kecaman dengan minda yang terbuka” – Zarina Anjoulie

Menerusi Instagram Story Zarina sebelumnya, dia tidak kisah dengan kecaman orang ramai.

“Assalamualaikum, saya secara rasmi buka tudung. Aku tidak kisah dengan kecaman sebab bukan korang (kalian) yang bagi anak aku makan. Jadi jangan kecam,” katanya sambil menyanyikan baris perkataan itu tanpa rasa serba salah.

Pelakon ini terus memeningkan ramai dengan kenyataannya yang bercanggah. Sebentar positif dan sebentar negatif sama seperti bibirnya yang tidak siap tersebut.

“Salam semua, saya nak cakap terima kasih kepada semua yang menyokong dan menasihati serta maki. Saya tahu meskipun ada yang maki tapi jauh di lubuk hati kalian betul ikhlas menegur. Cuma cara teguran itu berbeza. Saya tahu niat anda baik,” tulisnya lagi.

Zarina Anjoulie Umum Buka Tudung 3


“Maaf kepada siapa yang hampa dan terima kasih kepada yang sudi memberi peringatan” – Zarina Anjoulie

Zarina Anjoulie Umum Buka Tudung 3

Terdahulu, Anju mengejutkan ramai apabila memuat naik video dan foto dirinya itu tidak lagi berhijab dan berkelakuan seperti perempuan liar.

Malah, Anju tampil bangga memuat naik video menari bersama seorang rakan lelaki bertubuh keding dan beberapa rakan wanita tidak semenggah yang hanya mengenakan pakaian seksi seperti minah rempit. Pakaian mereka ‘belanja’ lurah payudara dan sebahagian besar punggung mereka.

Video dan foto-foto panasnya itu tular merata-rata di media sosial Twitter dan Instagram sehingga mencetuskan kemarahan dan perdebatan di kalangan warganet tentang tindakannya itu yang seolah-olah mempersendakan agama.

Teman lelaki Zarina Anjoulie Umum Buka Tudung

Paling terkini, Anju kelihatan berada di Bali, Indonesia di samping teman lelaki barunya, seorang lelaki bercacah tato yang samar-samar tentang identiti agamanya. Dia tidak segan dan malu mengumumkan lelaki itu adalah teman lelakinya walaupun lelaki misteri itu tempang dan bertongkat kaki. Jika diperhatikan dengan teliti, terdapat nama Zarina di tato atas dada lelaki itu.

Nampaknya, strategi Anju berkelakuan seperti perempuan gila itu berhasil apabila kembali rancak membuat promosi dan menjual produk dia di laman Instagramnya itu. Kesudahannya, boleh kita simpulkan barang siapa yang membeli produknya sebagai pengguna yang tidak bijak dan senang terpedaya dengan strategi pemasaran murahan ala ‘pelacur perhatian’ Zarina Anjoulie.

Zarina Anjoulie buka tudung
Imej Zarina Anjoulie Berhijab Kini Hanya Tinggal Kenangan

 

BACA JUGA ARTIKEL BERKAITAN:

4 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG SUDAH ‘TERBANG TUDUNG’ MEREKA

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE